Friday, 22 March 2013

ira tak perasan..maafkan ira...

kematian itu sangat hampir... hampir sangat sampai kadangkala kita tak mampu lihat tandanya... lepas satu berita kematian,satu lagi berita kematian datang menyergah telinga ini..dan kematian itu bukan sahaja datang kepada insan tua tetapi juga pada insan2 semuda ira...

ternyata kematian itu tak mengenal belas kasihan dan usia.. ira takut...
bila perkataan ''mati'' disebut,ira pasti teringat arwah ayah... rasa terlalu cepat untuk ayah pergi.. ira belum beri ayah apa2 lagi tapi ayah dah pergi..

maafkan ira,ayah..sebab ira tak mampu lihat perubahan ayah sebelum ayah pergi..tapi kak anje nampak.. lepas ayah pergi,kak anje banyak cerita kat ira yang dia nampak perubahan dari segi fizikal dan sikap ayah..
dulu,ayah tak suka membazir..tapi raya tu,ayah banyak minta mak belikan perhiasan untuk rumah...ira tak perasan tu semua,ayah...maafkan ira...

kata kak anje,hidung ayah mula jatuh,tangan ayah yang kuat pula terasa lembik bila dipegang.. 
suatu hari,ayah balik dari kerja..selalunya adik kecil sebelah rumah akan sambut ayah balik...ayah yang penat  masih rajin melayan dia..ayah memang baik..
tapi..beberapa hari sebelum ayah pergi,mak ada tegur kenapa adik kecil tu tak nak main2 dengan ayah lagi..adik kecil tu lebih banyak merajuk dengan ayah..
ira tak perasan tu semua,ayah..maafkan ira...

6 hari lagi ira nak exam pmr...sanggup ayah tinggalkan ira waktu ira perlukan sokongan ayah...
esok birthday ira..sanggup ayah biarkan air mata ira jatuh pada hari lahir ira...

2.10.2009... ayah pergi selamanya...tak sempat ira nak dengar ayah ucap ''selamat hari lahir,sayang'' ... tak lama lagi pun,ayah..ayah kene tunggu lagi beberapa jam je lagi... 3.10.2009,ira dapat ucapan hari lahir daripada kawan2...tapi ayah???

7.10.2009,ira dah start exam..selalunya,tiap2 pagi ayah ada untuk hantarkan makanan kat ira..ayah ada untuk pesan kat ira..''belajar rajin2 ye,sayang''.....
ayah usap kepala ira..ayah cium ira...ayah nak sangat ira jadi doktor...

2.10.2009(jumaat),malam tu ayah pergi ke s.m.a. al-ehya al-karim untuk solat hajat sempena peperiksaan spm yang tak lama lagi.. kak su akan menduduki peperiksaan besar tak lama lagi...mak pula terpaksa pergi ke jamuan sekolahnya...
ira pula ambil keputusan untuk duduk di rumah.. ira seorang diri di rumah membaca buku sebagai persediaan sebelum peperiksaan minggu depan... kakak ira yang lain,masing2 duduk asrama dan dah berkahwin..jadi,hanya ira,mak dan ayah tinggal bersama...
pada pukul 10 malam,mak belum balik..begitu juga dengan ayah..tiba2,mak saudara ira datang ketuk2 pintu...kelihatan gelisah sangat..ira mula risau tetapi tak ada pula terlintas di hati dan fikiran ni yang ira bakal kehilangan ayah...

sewaktu dalam perjalanan pergi ke hospital,ira ternampak orang ramai berkumpul di tepi jalan..ira mula menangis...ira mula faham..ye,kemalangan tu berlaku dekat je dengan rumah..ira nampak kereta ayah remuk.. dalam keadaan malam yang gelap tu,ira tak dapat cari ayah..tiba2,ada mak cik peluk ira kuat2...katanya ''sabar2''..ira tanya,''kenapa!!? mana ayah..mana kak su??''
mak cik tu still peluk ira kuat2..''ayah kau dah tak ada,nak''
ira terus masuk kereta,nak pergi hospital..dalam hati,ira kata..''ayah ada kat hospital,mak cik tu salah''
sampai di hospital,mak dah duduk atas kerusi roda..ira tau mak sayang sangat dengan ayah..mak sampai tak mampu berdiri lepas dapat berita kematian ayah..tak berapa lama lepas tu,ira nampak kak su kene masuk dalam ambulans..kak su terbaring tak sedarkan diri..muka kak su penuh darah..muka dia terkoyak dibahagian mata,hidung,mulut...kak long ikut hantar kak su pergi ke hospital lebih besar (hospital melaka)..

ramai yang tak percaya yang terlantar itu adalah kak su..kak su cantik..ira mengaku,kak su sangat cantik..tapi akibat kemalangan tu,muka kak su berjahit sana sini..ira sedih sangat bila mak cakap yang kak su menangis jerit ''mak!!'' sebab tak tahan sakit kene jahit tanpa ubat bius... mesti sakitkan kak su.. kesian kak su...

walaupun ujian tu terlalu besar buat ira dan keluarga tapi kami mampu harunginya sebab Allah tak kan uji hamba2-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tak mampu.. kak su makin sembuh..dia sangat kuat..sangat2 kuat...ira dapat 8A dalam pmr..kak su lanjutkan pelajaran di maktab perguruan islam,bangi,lepas spm...

mak kuat sangat...mak mampu membesarkan 5 orang anak perempuannya seorang diri...tiap2 hari kami ziarah ayah di kubur...tapi mak tak ikut..''biar mak doakan ayah dari rumah je''...ira tau mak tak sanggup tengok kubur ayah...kalau mak tengok mesti mak tak henti2 menangis...kasih seorang isteri....

pesan ayah,jangan tinggal solat,jangan kecilkan hati mak..
ira ingat semua tu,,,

ayah nak tengok sangat ira dapat 8A..tapi tak sempat..
ayah nak tengok sangat ira jadi doktor..insya-Allah,ayah...
kita jumpa kat sana ye,ayah...SYURGA...
kat sana nanti,takda lagi perpisahan...

sungguh ira tak perasan..maafkan ira...

dari lubuk hati~iramariana DNAS




Wednesday, 20 March 2013

bantu aku~~


Wahai sahabat-sahabatku...aku rindukan layanan istimewamu..
dulu aku dipersenda
dan aku terima seadanya
Kini lidahku tak terjaga
Kini tingkahku tak semena
hanya ingin merasa diri ini berharga
Andai lidahku berdosa
Andai tingkahku berdosa
Hanya maaf yang ku pinta
Aku Cuma ingin kau,kau dan kau membantuku
 Membantu aku agar suatu hari nanti aku bisa menjaga diri aku
Menjaga diri aku tanpa bantuanmu,tanpa pemerhatianmu
Kerana kita pasti berpisah
Pasti....
Kerap kali orang memandang aku tanpa perasaan
Kerap kali orang menganggap aku tanpa maruah
Aku punya hati
Aku punya perasaan
Yang ingin dijaga
Yang ingin dibelai sekali sekala
aku tidak pernah mengangankan menjadi tunggul yg tiada perasaan
pandanglah aku seperti memandang dirimu
tolong~~~
jaga hati aku
dan aku akan jaga hatimu..

Bukan takut yang aku harapkan dari kalian
Bukan juga hormat yang aku cari dari kalian
Aku Cuma ingin kau,kau dan kau membantuku
Membantu aku agar suatu hari nanti aku tidak menjadi seperti boneka
Boneka yang dijadikan korban dalam setiap permainan
Boneka yang hanya diperlukan pada waktu tertentu
Boneka yang disayangi dikala mereka kesunyian
Aku sedar aku bodoh
Bodoh kerana memberontak ketika hati ini disakiti
Aku mohon maaf
Anggap sahaja aku sebagai insan kecil yang inginkan kasih sayang dan perhatian kalian
Bukan penindasan
Maafkan aku
Sesungguhnya aku takut disaat kita berpisah
Mungkin lebih takut apabila aku terpaksa berpisah dari dunia ini
Maafkan aku
Sesungguhnya maaf itu yang mampu membantu aku apabila berhadapan dengan penciptaku dan pencipta kalian
Sahabat...
Bantu aku~~~

nukilan~iramariana yang berdosa

siapa fahami aku???

siapa lagi yang faham aku???

sahabat..
kamu tak salah..ira yang salah..selama hampir setahun kita duduk dalam satu bangunan yang sama..tinggal di aras yang sama..meski bukan satu bilik tetapi ira dapat rasa kamu hampir dengan ira..meski bukan satu bilik tetapi ira rasa amat selesa untuk berbicara dengan kamu..

benar apa yang kamu katakan..since kita kenal until now,banyak yang kita pendam antara satu sama lain...
ira percaya ada sebabnya..ira percaya betapa munasabahnya sebabmu itu..dan ira cuba faham..

cuma kadang kala ira terpaksa diam..ira diam tika marah..itu ira...ira tak tau bila dia meletup..itu salah ira...jadi ira terpaksa diam..itu yang terbaik bagi ira...

sahabat...
kamu percaya tak yang niat adalah satu kekuatan..kekuatan yang boleh muncul bila2 masa..that im sure its can give me and you some strength... bukan jarang untuk ira ucap kan..''ya Rabb!!!..berikan aku hati yang sabar untuk hadapi dugaan Mu..berikan aku hati yang kuat untuk harungi ujian Mu...berikan aku hati yang redha untuk menerima segala ketentuan Mu..''
bukan jarang,sayang...

percayalah...niat ira cuma satu...ingin jadi yang terbaik buat diri kamu...demi Allah ira sayangkan kamu...
air mata ira mengalir tanpa diundang kerana kata2mu.. barangkali kamu yang akan menyusuri ira kelak...bukan ira...maaf andai berdosa...

raut wajahmu menjelaskan segalanya
kamu belum kenal ira..kamu belum fahami ira...satu tahun tidak cukup bagimu...
hati ira bertambah sakit dikala ira cuba memahami kamu..tahu kenapa??... hati ira sakit tika ira mendapati yang kamu bukan orang yang mampu memahami ira... hanya Allah,sahabatku..hanya Allah yang memahami ira dulu,sekarang dan selamanya....

maaf sekali lagi...halalkan nasihat yang telah kamu beri kepada ira selama ni... insya-Allah akan ira jadikan ia sebagai pegangan ira  sepanjang perjalanan ira di bumi Allah ini... di sini..ira ingin memberitahu kepada kamu satu rahsia... iaitu.. terlalu banyak perkara yang belum kamu ketahui tentang ira..dan terlalu banyak perkara yang terpaksa ira sembunyikan... i believe too much about NIAT... dulu ira terlalu mengambil berat tentang kata2 orang sedangkan hati ira??? tetapi sekarang...ira rasa ira harus mengikut hati ira..  ira tahu kadangkala jika kita mengikut hati,kita binasa.. tetapi ira punya niat betul...

*ira sayang kamu selamanya..until jannah..*

by iramariana DNAS






Sunday, 10 March 2013

MAAF KALI 50

ok.. 6.35 petang tadi baru je jumpa dengan si B...mula2 takut jugak tapi i have to think positive... ira ada kawan yang akan teman ira sepanjang pertemuan ira dengan si B..

minit pertama hingga ke 5 macam tu,si B tanya ira sihat ke tak..dah makan ke tak and whatsoever....
then si B tu move on to the next topic... iramariana tak da abang ye??..berapa orang kakak??...cerita sikit pasal kakak2 iramariana... memang tabiatnya untuk menyebut nama penuh aku.. ookkkkk...i need to answer that question???...apa tujuan dia nak jumpa sebenarnya...penting sangat ke???
tapi memang patut pun dia mntak jumpa sebab selama ni pun ira tak pernah balas mesej dia or angkat panggilan dia...

bila dah dekat pukul 7,dua orang kawan ira yang teman ira suruh cepat dan si B masih belum straight to his point... mungkin muqaddimahnya... maybe...

makin lama,ira makin faham apa yang dia cuba korek.. dia tanya samaada ira ada masalah..katanya dia nampak dari raut muka ira.. kononnya lah..ira tau selama ni dia ambil tau pasal ira melalui roommate ira yang sekelas dgn dia... dan....si B ni jugak tau pasal pertelingkahan ira dengan roommate ira yang ira pernah cerita...

ira kagum dengan cara si B yang cuba menarik ira bercakap dengan dia.. dia bukan orang yang just terus tanya apa yang dia nak.. muqaddimah yang bagus... cehh,lagak juri pula..
tapi jangan fikir bukan2..hati ira ada pada orang lain.. dan orang tu bukan dia...ecehhh...hu3...

si B ni baik dengan ira even ira boleh dikatakan pernah mempermainkan hati dia.. bukan niat ira tapi mungkin waktu tu ira belum betul2 mengenali diri ira... ira sedar tiada siapa yang mampu memahami diri kita selain Allah...

balik kepada perbualan ira dengan si B,dia mula memberi ira nasihat yang berguna.. dan ira rasa nasihat kawan ira yang ''kita patut bangkang apa yang kita tak suka'' patut dibuang.. apa yang si B ni pesan,''ringankan mulut kita untuk minta maaf dan kalau kita ada masalah,ceritakan,luahkan pada org lain..sebab kalau kita pendam terlalu lama,suatu hari kita akan meletup dan ketika itu sesiapa pun kita boleh maki..termasuk parents kita..wallahualam..''.....

bila diimbas balik,betul apa yang  si B cakap.. akhir2 ni ira sering marah2..ira minta maaf kawan2..

sebelum balik si B ulang balik..
bila balik nanti,kena buat apa?
ira jawab,kena minta maaf.
kalau dia tak maafkan?
ira jawab,belanja dia.
bukan...gurau2 dengan diorang dulu..lepas tu baru belanja..

dan perkara yang paling2 ira akan ingat adalah,ira menangis depan si B.. hati ira sedih bila teringat balik apa yang ira buat kat kawan2 ira..sesiapa pun yang salah,ira tak boleh marah...tindakan yang paling bijak adalah,cakap dan jujur dengan diorang...semua orang ada silapnya....

dan terakhir,si B pesan,kita harus minta maaf 50 kali,bukan sekali... terapkan dalam hati kita untuk sentiasa meminta maaf...

lepas maghrib,ira buat pengakuan dan alhamdulillah ira masih diterima dalam bilik tu... insya-Allah selagi ira hidup ira akan terus berusaha untuk bersabar...ira sayang kawan2 ira especially my roommates..love u so much... <3

TERIMA KASIH,SI B.....

nukilan~iramariana DNAS
assalamualaikum

betul kata orang. dunia ni x selalu kita yang punya.. kadang kita di atas,kadang kita di bawah..
yang membezakan kita adalah cara kita menerimanya dan cara kita menghadapinya..

ira cuma manusia biasa yang mempunyai hati kecil. bagi ira hati kecil ini perlu dijaga,perlu dilayani. bukan tujuan ira untuk menceritakan masalah ira pada orang ramai tetapi jika cara ini dapat mengurangkan rasa beban ira,ira cuba...
ira bukan memuji tetapi itulah ira.. ira bukan seorang yang mudah berkecil hati apabila dimarah..dan kerana itulah ira sering diminta untuk handle roommate ira yang sorang ni..memandangkan dia seorang pemarah dan sukar diramal,ira lah yang akan mengajaknya makan,mengajaknya keluar,mengejutnya dan ira juga yang akan bertanya persoalan kawan2 ira yang lain..
kata mereka,"ira kan tak ada perasaan..mana kesah kene marah''..
memang luaran ira macam ni sebab ira tak nak bermasam muka sepanjang ira menuntut ilmu di matrik..ya,peristiwa ini berlaku sepanjang ira di matrik..
makin lama,ira rasa diri ira ni tak berguna selain sebagai tempat melepaskan kemarahan dan sebagai bahan hiburan mereka.. ira diam...
tiba2,ada seorang sahabat ira berkata,''kalau kita diam bila org lain aniaya kita,diorang akan terus aniaya kita...jadi untuk hentikan penganiayaan diorang,kita kene jadi kuat..bangkang apa yang kita tak suka''...
makin lama,ira makin pandai memberontak..
ira tak suka sebab ira tau itu bukan diri ira..dan sekarang ira menyesal...

kenapa menyesal ek?? haa nak kene cerita ke..ira takut,ira tersalah cerita sebab ira betul2 percaya bahawa bila kita bercakap tentang masalah kita,kita akan sentiasa berusaha untuk nampak baik...betul tak?? jadi ira tak nak cerita banyak... maaf...

apa yang boleh ira sampaikan pada kamu semua adalah ira menyesal sebab marah kawan2 ira...memang kita patut pertahankan diri tapi kan lebih baik kalau kita bersabar... Allah kan ada.. Allah ada untuk balas semua tu..


buat masa sekarang ira masih mengambil masa untuk selesaikan masalah ni... somebody help me..please....


PLEASEEE...JANGAN JADI MACAM IRA...

 ira  percaya..

*kalau kita nak tau macam mana Allah layan kita,kita tengok cara kita layan Allah..*





Monday, 25 February 2013

aku cemburu,ya Rabb...



Aku menangisssssss…..
melebur semua air mataku ketika aku mendapat nasihat itu...

Astaghfirullah

 Adakah Allah dalam tiap langkah kakiku…
 adakah Allah dalam tiap pandangan mataku…
 adakah Allah dalam tiap ucap lisanku….
 adakah Allah dalam tiap ikhtiarku di jalan ini….

Astaghfirullah …

Sungguh… 
betapa aku tak bisa…
Berkata-kata lagi.. 
aku cemburu padamu, 
Tapi aku tak pernah sedar bahwa ada yang lebih cemburu ,
Dia cemburu jika aku seperti itu…

Kini cemburuku bukan kepadamu lagi akhii


Aku gantikan kata cemburuku,

 cemburu yang pantas …
Aku cemburu pada mereka wanita solehah yang selalu menghiasi dunia …


Kini akan ku buktikan

 BUKAN AKU YANG HARUS CEMBURU PADA BIDADARI ,
TAPI BIDADARI YANG HARUS CEMBURU PADAKU ..InsyaAllah 

Kerana aku juga cemburu,..
 akhlak para shahabiyah yang kini telah menawan hatiku…
Kerana aku begitu cemburu,
 ku inginkan rasa malu itu menjadi penghias akhlak dan keimananku,.. 

yang menjadikan Khadijah, Aisyah, Fatimah, Hafsah dan shahabiyah lain lebih terjaga 
 melebihi terjaganya seorang gadis pingitan.

 Sungguh kini…. 

aku benar-benar CEMBURU . . . . .

Saturday, 16 February 2013

aku rela~~~

akubukan mawar
aku tidak ingin menjadi mawar

aku bukan mawar
yang boleh kau pandang
yang boleh kau tenung sesuka hati
aku bukan mawar yang boleh kau hidu
yang boleh kau ambil harumnya
sesuka hati
aku bukan mawar
yang boleh kau sentuh
yang boleh kau pegang
sesuka hati

mungkin
mungkin durinya kau anggap ujian
ujian yang mampu kau patahkan
yang kemudiannya boleh kau petik bunganya
sesuka hati

bukan aku tidak inginkan kecantikannya
bukan aku tidak inginkan keharumannya
tetapi
aku ingin sesuatu yang tidak mungkin dapat orang lain miliki
aku ingin menjadi sesuatu yang tidak mungkin dapat orang lain atau kau,dia dan mereka miliki
sesuka hati

kerana~
kerana aku milik kekasihku
kekasihku yang tidak pernah
lupakan aku
tinggalkan aku
kecewakan aku
DIA maha kaya
DIA maha penyayang
DIA maha mendengar

ya RABB
aku sedang berbicara tentang-Mu
jadikanlah aku wanita bermaruah
jadikanlah aku wanita high class
jadikanlah aku matahari

wahai matahari
sudikah kau kiranya aku meminta kau menjadi role modelku..?
sudikah kau kiranya aku ingin menjadi sepertimu..?
sudikah kau kiranya aku ingin meminjam ketinggian dirimu itu...?

wahai matahari
aku ingin menjadi dirimu
aku ingin menjadi matahari
yang tidak boleh dipandang sesuka hati
yang tidak boleh disentuh sesuka hati
yang tidak boleh didekati sesuka hati

disaat kau cuba memandangku
cahayaku akan membuat kau tunduk ke tanah yang kau pijak
disaat kau cuba menyentuhku
ketinggianku akan membuat kau berfikir betapa jauhnya aku daripada tanah yang kau pijak
disaat kau cuba mendekatiku
kepanasanku akan membuat kau redha untuk kekal berada di atas tanah yang kau pijak

wahai bulan~
aku ingin kau menjadi teman seumur hidupku
dikala malam kau masih ingin memberi cahaya kepada orang lain
meskipun cahayaku yang kau pinjam
namun~
aku rela cahayaku menjadi bantuanmu
aku rela menjadi pembantu dakwahmu
aku rela~~~~