Sunday, 26 May 2013

andai syurga dan neraka tiada



Pernah suatu masa dulu,Rabiatul al-Adawiyah sering dikunjungi oleh masyarakat arab dan rumahnya sebagai pusat pengumpulan bagi majlis-majlis ilmu ...

Ahli-ahli  sufi yang pernah menjadi guru Rabiah juga kerap turut serta dalam majlis ilmu yang diketuai oleh Rabiah,oleh kerana makam Rabiah yang menjadi lebih tinggi berbanding mereka..  Ilmunya dan ibadahnya cukup membuktikan iman dan cintanya hanya untuk Kekasihnya yang satu,Allah s.w.t...

Suatu hari,Rabiah didatangi oleh sekumpulan masyarakat.. sedang asyik berbincang hal ibadah,Rabiah mengajukan soalan yang berbunyi, ‘’Apakah sebabnya kalian menyembah Allah? ‘’.

Salah seorang pemuda daripada kumpulan itu menjawab,’’ Tentu saja kerana aku takut akan azab Allah di neraka bagi orang-orang tidak menyembah dan melakukan larangan Allah s.w.t.. ‘’

Setelah tiada tindak balas daripada Rabiah,pemuda yang lain pula bersuara,’’ Sudah tentu kerana aku inginkan ganjaran syurga yang dijanjikan Allah kepada hambaNya yang taat. ‘’

Setelah mendengar jawapan kedua-dua pemuda itu,Rabiah memandang kedua-dua pemuda itu lalu berkata,’’ Jadi,jika ditakdirkan tiada azab di neraka dan tiada ganjaran syurga,adakah kalian akan tetap menyembah Allah? ‘’

Keadaan menjadi senyap kemudian salah seorang daripada mereka memberanikan diri untuk bertanya,’’ Lalu apakah yang membuatkan kau menyembah Kekasihmu sehingga imanmu sebegitu tinggi dan kuat? ‘’

Dengan rasa rendah diri,Rabiah menjawab.’’ Sesungguhnya aku hanya mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t. ‘’

Last but not least,jangan hanya mengharapkan redha Allah jika diri ini belum cuba mencarinya..

*di akhirat kelak,seramai 70 000 orang Islam akan mendapat syafaat daripada srikandi Rabiatul Al-Adawiyah*

 By : irama DNAS...

hundred steps...


100 STEPS
Pernah tak kita terfikir yang Allah akan makbulkan doa kita??

 Mesti selalu kan..he3..  whether we realize or not sikap tu sedikit sebanyak mempengaruhi naik turunnya iman kita..

Apa sebab naik? Dan apa sebab turun?

 Semua tu depends on diri masing-masing.. kalau kita rasa dengan ketidakmakbulan (amik kau,ha3) doa tu dapat tingkatkan tahap kesabaran kita,so Alhamdulillah lah.. maka bertambahlah level iman kita..

But when the truth make us lose hope to Allah atau hilang rasa percaya pada Allah dan rasa berputus asa dengan Allah... maka berusahalah lebih untuk menjadi hamba yang sentiasa ikhlas dalam proses tawakkal...

Ada satu ayat ni,ira suka sangat gunakan.. ‘‘ kadang-kadang bila kita minta matahari,Allah turunkan hujan serta petir dan kilat...lalu kita sedih...bila hujan berhenti baru kita tau yang sebenarnya Allah nak kurniakan kita pelangi’ ’’

And one more story,emm ira pernah rasa haus dan ira teringin sangat nak minum air horlick sejuk tapi bila sampai kedai, ira dapat minum air sirap je.. harus lah sedih an?? Ha3..tapi ira lupa yang haus ira tetap hilang.. see.. Allah loves me.. and its shown...

Allah Maha Kreatif..pelbagai gaya boleh Allah tunjukkan kasih sayang Dia pada kita.. Cuma.... bergantung pada tahap kreatif kita jugak untuk nilai dan siasat kasih sayang apa yang Allah dah beri..

Usah berputus asa ya sayangs.. 

mungkin Allah dah tentukan kita dapat apa yang kita nak setelah berada di tangga yang ke-100 dan mungkin juga kita telah sampai di tangga yang ke-99... :D

Made by iramariana DNAS :D



Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz...



Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz..
 Ira Islam tapi belum tentu ira islam..

Macam mana tu ek?? Copp!! Copp!! Any differences between Hafiz and hafiz ??  then,apa pula beza antara Islam dan islam?

Ok...For example,ada sorang mamat ni,orang panggil dia Hafiz dan nama dia ditulis dengan huruf besar sebab Hafiz tu kata nama Am..(amboi,kembali ke sekolah nampak..ha3)

 Tapi bila orang panggil dia hafiz iaitu perkataan yang ditulis dengan huruf kecil,maknanya dia adalah orang yang menghafal al-Quran,kata kerja ...
faham tak faham tak?? :D

Hah! Sama lah bila ira katakan yang ira Islam tapi belum tentu ira islam.. Islam yang ‘I’ besar tu,hanya pada nama. Kita orang Islam. Ya betul tapi belum tentu kita ni seorang islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Kiranya adik-adik (hu3), ‘I’ besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan ‘i’ kecil orang yang betul-betul cuba menghayati cara hidup Islam...

Janganlah kita ni sekadar menjadi Islam tanpa islam.. Islam yang sekadar atas nama (ehem macam atas nama cinta pula,ha3)... yela,sekarang ni ramai yang boleh buktikan kat orang yang dia Islam tapi kita selalu lupa cara macam mana nak buktikan kat Allah nanti...

Islam kat i.c boleh kita nampak tapi islam dalam hati,Allah je yang tahu.. kadang-kadang kita lalai untuk selalu tanya pada diri kita, ‘‘Adakah aku sebagai seorang Islam telah membuktikan keislaman aku ni?  Apakah yang akan aku hidangkan apabila Islamku Kau minta...?

And selalu-selalukan lah diri ni untuk berdoa... Ya Allah,lindungilah aku daripada menjadi hamba Mu yang leka... ingatkan aku jika lupa dan betulkan aku jika salah Ya Rabb..’’
Allah Maha Mendengar,Maha Penyayang.. Allah juga pernah bersabda yang bermaksud,‘‘ pada hari kiamat,jika di tangan kamu masih ada biji benih maka tanam lah’’..jadi takda maknanya ‘terlambat’’....

Sekarang dah jelas yang Allah terima taubat setiap hambaNya selagi hambaNya tak menyekutukan Allah... nak bukti tak yang menunjukkan betapa pemurahnya Allah dan betapa kedekutnya kita ni..?

Ok.. first step,kita kene berlagak jadi bos sekejap k..he3..

Bila kita jadi bos,nak ke kita terima balik pekerja yang selalu ulang kesalahan dia even dia dah minta maaf.. tak kan? Kononnya,’’kalau dulu korang boleh buat,tentu korang boleh buat nanti..then,ada yang kata..sekali kau bohong,sampai bila-bila orang tak percaya...’’

Next,langkah ke-2...imbas balik kata-kata ustaz or ustazah ke..
Tak pun cuba ingat balik,kalau-kalau kita ada terbaca yang pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin bertaubat..Allah tak pernah tolak taubat hambaNya even kita selalu ulang dosa kita kan...

Masya-Allah!!! Betapa murahnya kemaafan Allah berbanding kita yang kedekut dengan manusia yang lain.. padahal nikmat yang kita ada ni pun sekadar pinjaman semata-mata.. tak sedar diri ke kita ni??

* manusia pula sekarang sibuk memurahkan diri..haish! *

So,back to the main topic.. jangan jadi Islam tanpa menjadi islam..

Bila jadi orang Islam,cara nak mantapkan iman...first dengan qalbi..second qauli (lidah) and the last thing is fik’li (anggota)...
 percaya dengan hati,akui dengan lidah dan buktikan dengan perbuatan.. bukan setakat mengaku Islam,dah cukup...kalau solat dengan hati pun dah dikatakan selemah-lemah iman,inikan pula Islam yang berlandaskan hati je.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...  :D

sekian,tq..ha3..

by irama DNAS