Monday, 22 February 2016

Azam Baru

Azam? hmmm.. bila masuk tahun baru, baru lah kita sibuk nak fikir azam masing.. kononnya tutup buku lama, buka buku baru la tu.. hahha tkpe.. faham je.. ira pun macam tu jugak.. setiap kali tahun baru pun,ira mesti berangan2 nak capai azam yg lepas2.. dan biasalah tu,,waktu mula2 cipta azam masing2 berkobar-kobar berjanji.. semangat nih!! hehhehe..

Tahun 2016 ni,ira dah nak masuk 22 tahun dah.. Dan sepanjang tahun 2015 yang lepas,macam2 dugaan,ujian dan hadiah yg Allah beri pada ira.. kesemuanya membuatkan ira semakin kuat dan selalu kuat untuk selalu bangkit setiap kali jatuh..

Haaa ira ad baca.. macam ni bunyinya.. ehemm!
"Ada orang bila dia jatuh dia bangkit cepat,
ada orang juga bila dia jatuh dia bangkit lambat..
Tapi apa-apa pun yang penting kita bangkit!!"

so ayuhh! kita sama2 bangkit setiap kali jatuh.. *smile

Ataupun setiap kali kita rasa ingin berputus asa, ingat pada yang masih meletakkan harapan pada diri kita dan yang masih kuat meletakkan kepercayaan pada diri kita.. mak,ayah,family semua.. kalau tak pun,tgk kawan2 dan orang disekeliling kita.. diorang juga turut diuji cuma yang membezakan kita dan mereka adalah jalan yang kita pilih atau cara kita menghadapinya..

so.. sempena tahun baru ni.. ira nak wish kat korang happy new year!! semoga tahun ni dan tahun kehadapan akan menjadi tahun2 yang lebih baik daripada tahun2 yang sebelumnya.... INSYA ALLAH...


Nothing Will Work If You Don’t Believe In It



_ DONT CRY AND SMILE_  :)

Tuesday, 13 October 2015

rahsia Allah

Jodoh itu rahsia Allah..sama2 kita doakan…

“dalam ramai yang hadir dalam hidupmu, akan ada seseorang yang kamu selesa dengannya dan dia selesa dengan sikap kamu. Berasa tenang saat kamu melihatnya dan dia juga berasa tenang saat melihat kamu”

Ececehh.. bila dah lama tak update blog,sekali masuk entry terus keluar cerita pasal jodoh la citenye?? Hahaha

Maklumlah.. makin umur meningkat makin bertambah-tambahlah gatalnya.. k tak gurau je..should be, doa supaya diberikan jodoh yang baik2 dah lama kita selitkan setiap kali selesai solat. Bukan untuk menggalakkan budak2 untuk bermain cinta ke ap.. Cuma bukankah sikap atau nilai yang baik itu perlu diterapkan sewaktu kita masih muda dan masih mudah untuk dibentuk… haaa nanti dah tua bangka,susah dah nak dilentur buluhnya, susah dah nak dipiat telinganya..

Ira mudahkan ya… sebagai contoh kita berdoa,

“ya ALLAH .. jadikanlah jodoh aku itu seorang lelaki/perempuan yang baik2…”
Itu contoh doa yang cincailah..bayangkanlah awok2,,kalau doa yang sebegitu cincai tu pun ALLAH dengar, inikan pula kalau kita berdoa bersungguh-sungguh.. kannn..

Ok sambung balik yg tadi, bila kita berdoa mcm tu.. Allah senang2 je gerakkan hati si bakal jodoh kita tu untuk sentiasa menjadi yang baik2 sebagaimana yang kita minta tadi..kalau sejak muda2 pun dia dah mula berubah kearah kebaikan,insya Allah ALLAH akan sentiasa pelihara dia untuk kita..dengan syarat,kita juga perlulah turut memperbaiki diri.. kan ALLAH yang maha adil itu telah menjanjikan kita semua dengan jodoh daripada cerminan kita sendiri..

Cikgu ira dulu pun selalu pesan kat anak2 murid dia supaya mula berdoa untuk jodoh masing2.. takda lah kitorang asyik berangan je nak hidup macam dalam cerita dongeng.. setidak-tidaknya kitorang belajar untuk lebih matang dalam berfikir.. heheheee..

Nampaknya hakak ira ni dah makin dewasa.. k bye!!



Wednesday, 3 September 2014

Saya daie bukan mufti...

Eh eh eh.. bukan main kau ira..siap guna tagline pencetus ummah lagi..hak3...

Haa tak payah nak menggeletis sangatlah ye..
Bukan apa...bila kita bertudung labuh,orang kata kita ustazah..
Bila kita berkopiah,orang kata kita ustaz...
Bila kita bercakap soal agama,orang kata kita berlagak baik..
Bila berdiam diri,orang kata kita kedekut ilmu pula..
Bila kita guna tagline pencetus ummah,orang kata kita suka si pencetus ummah tu..eh?? ha3..
Biasalah..mulut orang..

Ok..sebelum tu anak2.. mummy nak tanya,apa maksud daie?? (mummy sgt!!) ha3..
Ye betul anak2..daie bermaksud pendakwah..

Sekalipun kita mengajak orang melakukan kebaikan melalui laman social,itu juga dikira dakwah..
‘’ek eleh..dakwah tu bukan setakat kat fb je..’’ haa kalau ada orang kata macam tu,telinga mereka layak ditarik ye..ha3..

Sekarang kak ira nak tnye lagi (muda balik tetibe,ha3)..apa maksud mad’u pula??
Mad’u bermaksud orang yang ingin kita dakwah atau sasaran..haa..

Ira teringat perbualan ira dengan kakak...
Katanya,dakwah yang paling sukar adalah dakwah kepada keluarga sendiri...
Dan ira akui sebab ira pun pernah kena ‘brain washed’ dengan kakak ira ni,ha3...

Mula2,memang susah nak terima teguran orang...rasa macam.. ‘’poyo nye nak ajar2 orang ..’’ gitulah..
Sebab apa susah nak berdakwah dengan family?

Sebab pertama,umur...
Bila mad’u kita adalah ayah,ibu,kakak atau abang misalnya...
Kita mungkin akan dikategorikan sebagai anak atau adik yang biadab atau secara kasarnya ‘’kurang hajar’’ apabila memberi nasihat atau teguran..
Tapi jangan salah faham,mungkin juga diorang malu dengan diri sendiri..kan..

Kedua..experience atau dalam bahasa malaysianya,pengalaman..
Terutama sekali apabila menyentuh perkara2 yang belum kita lalui..contohnya soal didikan anak2..
Kita mungkin atau confirm akan dikategorikan sebagai anak atau adik yang berlagak pandai..
Bayangkan situasi dimana kita disoal,’’kau tau apa?? Kau dahada anak ke??’’..
Haa..mau terkial2 menjawab..be prepared ye..
Iyee,,, kak ira faham..mungkin adik2 semua dapat ilmu daripada pembacaan atau dengar dari mana2 majlis agama..
Apa2 pun..segala teguran yang ingin kita berikan, perlulah kena pada tempat dan situasi nya.. agar...tak tergores mana2 hati..  :D

So,untuk keselamatan dan kesejahteraan anda yang bergelar daie..anda disarankan untuk selalu meminta pendapat atau pandangan serta nasihat daripada mufti (orang yang berilmu)..
Itu lebih molek..

‘’jangan tak ngaji na... tak ngaji,ceroi~

Saturday, 31 May 2014

aku rindukan tarbiyah itu :'(

"Kak , saya ada suka someone." Bicaraku perlahan. Segan.
Akak memandangku. Tepat pada mataku. Bibirnya mengoyak senyum.

"Dah besar adik aku ni. Dah pandai lawan tuhan.”

Argh. Pedih. Aku diam. Pedih.

"Aku tahu,kau nak cakap tu fitrah kan? Ada perasaan kasih sayang semua bagai tu kan? Tapi kau tahu tak, yang kau duk cinta tu adalah perkara haram? Kau tahu tak?”
Suara Kakak sedikit keras.

Aku mengangguk perlahan. Aku tahu,aku tak patut jadi lembik. Macam kain buruk. Tapi, aku manusia biasa. Ada ketika, hati aku koyak luka. Ada kala,hati aku mudah jatuh pada dunia.

"Aku nak kau tahu satu perkara. Kalau kau sayang tuhan,kau nak syurga, akhirat nanti kau nak tengok Dia, lawan perasaan kau tu. Fitrah takkan datang dalam keadaan jijik macam tu. Fitrah tu suci. Dan kembali kepada fitrah kau, cintakan perkara suci. Dan yang benar suci, cuma Allah.”

Aku diam. Ku ramas jari jemariku sendiri. Pedih. Makan dalam.

"Ingat, kalau kau betul betul nak jumpa Dia nanti, lawan perasaan kau tu. Lawan nafsu jahat dalam hati kau. Aku tak nak paksa,tapi aku sayang kau. Jangan kau nak hidup lalai, ibadah terabai, tali kau dengan tuhan terburai. Ingat, benda tak pasti jangan terhegeh kau nak kejar. Rugi.”

Dan dalam diam, aku belajar melupa. Apa yang belum pasti, tak usah bersungguh kita kejari. Takut takut, kita yang rugi. Ada sebab, kenapa Allah uji hati kita begini. Sebab?

Sebab dulu, kita pernah minta syurga. Dan tak mudah untuk kesana,tanpa mehnah dan ujian. Ini baru tingkat pertama, Moga kita terus kuat, untuk seterusnya.

Hati, sila buang dunia darimu. Masukkan ruh tuhan dalam jasadmu. Kelak, kau akan temui apa erti cinta hakiki. Dan apa maknanya cinta suci. Kelak, kau mengerti.

Saturday, 15 February 2014

Carilah lelaki yang mampu jadi imam... :D


‘’Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi,dah solat tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang?’’

‘’Maybe kot. Try search kat google..’’

‘’Dah..Tapi macam tak faham sangatlah,bang. Em.. Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat,ada ustazah ajar pasal fikh wanita..’’

‘’Buat apa? Cari je kat youtubbe. Banyak kuliah boleh tengok dalam tu. Lagipun,abang sibuk.. Mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..’’

           *                         *                    *                          *                      *

Asal seorang wanita adalah pengikut. Yang berhajat kepada pemimpin untuk dibimbing.
Asal seorang lelaki pula adalah ketua. Yang merupakan pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam? 

Apabila imam selesai membaca Al-Fatihah,makmum mengaminkan. Apabila imam rukuk,makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud,makmum ikut sujud.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Didalam solat ada imam dan makmumnya. Diluar solat juga ada ketua dan pengikutnya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar,betul dan tepat.

Mencari seorang imam

Tak kacak tak apa, (tapi klau dapat,itu satu bonus,ha3) ,sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa,sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidaklah kacak mana tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Ada juga lelaki yang rupanya kacak tetapi rambutnya panjang tidak terurus,pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan cirri-ciri seorang pemuda islam. Kefahaman agama pula dianggap perkara remeh.

Asalkan dia baik?

Biarlah dia tak pandai agama pun,asalkan dia baik. Alhamdulillah,anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita disini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Soalan cliché, ‘’habis,orang tutup aurat semua baiklah?’’
Ustaz Azhar Idrus jawab,’’belum tentu,tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Haa samalah dengan statement,’’bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik,tetapi seorang lelaki yang baik itu pasti tidak meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah,carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam,didalam dan diluar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama,dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah kita mahukan ikatan itu sampai ke syurga? Mana mungkin  seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana..

*Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah untuk dirimu seorang IMAM,dan bukan semata-mata seorang jejaka.



BY irama DNAS 

Tuesday, 10 December 2013

jangan Kau kurangkan walau sedikit keyakinanku pada-Mu... :'(

Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati? 

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o­ne, you can never build it o­n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o­n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.


"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

Friday, 8 November 2013

yuk...solat..

Assalamualaikum semua.. *buat muka comel*...

Entry kali ni,ira just nak share something that almost people did'nt know.. and someone had asked me.. ''ira,tau tak bacaan waktu beri salam dalam solat?''...emmm something like that lah..memang tak lah nak hafal sebiji2 ayat nye kan...ha3..

Sebelum ira jawab,ira nak kongsi sesuatu dengan sahabat2 yg ira sayang ni..hu3.. kongsi ap ek? yg penting,bukan kongsi coki2.. nak tau kongsi ap,kene lah baca... lala~~


‘’sesungguhnya Rasulullah saw memberi salam ke kanannya,dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya dan ke kirinya dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya’’

(HR Abu Daud,at-Tarmizi,an-Nasaai dan Ibn Majah ‘Ammar bin Yasir dan Mishkat)

''kak ira ! kak ira !.. hukumnya macam mana pulak?'' 

ehem...*betulkan tudung*

Hukum berpusing muka ketika memberi salam adalah sunat,tak kira mazhab apa pun,ye adik2...tetapi..pusingan tu mestilah sehingga nampak pipi kanan dan pipi kiri org yang di sebelahnya...
  •    Dalam Mazhab Hanafi,memberi salam ketika hendak berhenti dari solat adalah wajib sahaja dan yang fardhu atau rukun ialah kemahuan sendiri atau kehendak orang yang solat hendak keluar dari solatnya itu.

Contoh

Apabila seseorang sudah cukup baca yang fardhu dalam solatnya,dia boleh berhenti dari solatnya dengan apa cara sekalipun,selain mengucapkan salam jika itu cara yang dikehendakinya. Solatnya sempurna TETAPI dia berdosa kerana tidak mengucapkan salam yang wajib itu.

Jika telah mengucapkan salam ke kanan,dia tidak boleh keluar solat tanpa mengucapkan salam ke kiri kerana solatnya belum tamat.. Ini kerana,dalam Mazhab Hanafi dan Hanbali kedua-dua salam adalah wajib.

  •   Dalam Mazhab Maliki,Syafi’i dan Hanbali, mengucapkan salam adalah rukun. Ucapan salam sekali ke kanan bagi Mazhab Maliki dan Syafi’i telah membuatkan orang yang solat itu terkeluar dari solatnya,kerana salam yang kedua iaitu ke kiri hanya sunat sahaja.

  • Mazhab Hanbali pula,seseorang itu dikatakan keluar dari solat hanya apabila mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri. (means kedua2 nya kene buat)

  •  Yang membezakan antara ketiga2 Mazhab ini dan Mazhab Hanafi adalah... dalam ketiga2 Mazhab ini,solat akan terbatal jika tidak mengucapkan salam walaupun wujud kemahuan sendiri..

*take note this info...lafaz salam yang dibaca di dalam hati atau dilafazkan dengan makhraj dan huruf yang salah boleh membatalkan solat...adik2,kakak2,abe2 dan sahabat2 sekalian... ''amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat,jika solatnya rosak,maka amal lainnya pun akan rosak'' (HR Thobrani)

Wallahu a’lam... :D 

ini bacaan ketika memberi salam...

memberi salam ke kanan




memberi salam ke kiri

*moga bermanfaat ye* :D