Tuesday, 22 January 2013



bismillahirrahmanirrahim..

Muqaddimah
Tadaa!!! Blog ni blog ira yang kedua..( ^^ ).. kenapa istikharah cinta ek??
Sebab ira terfikir untuk buat blog ni setelah beristikharah dengan kakak ira..(bukan kakak sebenar).. THANKS KAK RAHIMAH FITRAH...(tepuklah tangan sikit)...ok cukup2,terima kasih...
Sebenarnya blog kakak ira tulah yang banyak memberi inspirasi kat ira untuk berdakwah secara terus melalui blogging..
Tagline ‘’istikharah cinta’’ ni jugak muncul tiba2 selepas ira menunaikan solat istikharah (mohon petunjuk jodoh...aiwahh!!)... bagi ira,istikharah ni perlu dijadikan rutin kita semua..setiap langkah adalah pilihan kita dan pilihan yang tepat insya-Allah dapat kita pilih setelah beristikharah kepada Allah..setuju??
Jadi, ira harap dengan coretan serta bebelan ira ni mampu membuka hati blogger2 sekalian untuk terus memperjuangkan cara hidup islam yang sebenar..
Untuk melengkapkan muqaddimah ni,ira ucapkan selamat dating (typo sebenarnya) ke dunia istikharah cinta ciptaan ira ni... :D

Friday, 18 January 2013

akan ku terus ketuk pintu Tuhanku...


Akan aku terus ketuk pintu tuhanku
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Dikala mata-mata sedang lesu beradu
Akan ku seru nama-Mu
Di penjuru waktu yang sunyi dan sayu
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
Sekalipun tangan ku penuh debu
Sedang pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu
Tuhanku tak pernah menghalau tamu
Yang datang bertemu dan menyeru
Sekalipun dosa memenuhi angkasa
Namun keampunan-Nya meliputi segala
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
Tanpa jemu,tanpa malu
Selagi ku memanggil-Nya,DIA MAHA TAHU
Aku hanya seorang hamba
Ada dosa,ada pahala
Namun DIA YANG MAHA MULIA
Limpahan kemaafan tiada tepian
Kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
Sedangkan aku insan penuh kedaifan
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yang letih
Janganlah aku DIKAU sisih
Dari kurniaan nikmat kasih
Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istighfar dan tasbih.....


-mohd asri zainul abidin-



*kalau nak masuk bilik orang lain pun,jangan lupa ketuk pintu tau antum2 semua...beri salam jugak...he3..^_^..* :D

Thursday, 17 January 2013

UBAH MINDSETMU!!



Ha3...bila kita nak berubah??bila? bila? bila? bila? bila?.... (stop it ira!)...emmm okkkk...
Alright,now i wanna change to be better than before.. tapi.. apa orang cakap nanti?...what’s the matter...its not their problem..its mine!!..bukan diorang yang tanggung dosa kitakan..kita tanggung sendiri..nanti yang masuk neraka,kita sendiri..diorang?? (pirrraaahhh!!)
‘’aku still nak berubah’’...’’kau pehal ni,tetiba je nak jadi imam muda or ustazah pilihan and bla bla bla’’..
‘’aku nak tutup auratlah’’...’’alaaa..xpayahlah nak hipokrit..kau ingat bertudung labuh,berjubah tu bagus ke?..yang penting dalaman kau’’..YES!! YANG PENTING DALAMAN..  absolutely right..n..yang menutup aurat semua bagai tak semestinya baik TAPI yang baik pasti menutup aurat..see..one more thing..sebelum orang nak beli makanan,tengok2 kedainya dulu...bersih ke kotor ke...then baru beli..kan???..sama macam kita..before org mengenali hati budi kita,org lain dah judge luaran kita dulu...
Mungkin akan ada orang cakap..’’muda lagi beb..apa guna masa remaja..tua nanti taubatlah..’’ HELLO...awk tau ke awak tu dapat hidup smpai tua??..tak kan?? Silap2 time awk cakap tu lah,malaikat maut sergah tau...
Biarlah orang nak menyampah kat kita or ap pun..yang penting kita tak pinjam duit diorang untuk beli jubah,tudung labuh,Quran or whatever..
Ok we stop about ‘’what people would say?’’
Sekarang ira nak cerita sikit ‘’what people said’’...kisah ni bermula pada hari pertama ira berhijrah(aewahh)...waktu langkah pertama masuk dewan kuliah..ada certain plajar pandang lama kat ira..ok xpe..~senyum..xperlu kata apa2~..tibe2 kawan sebelah tanya..’’kau nak jumpa ‘dia’ ae??(dia ialah tutt...sgt beriman..he3..)...’’ish xlah’’..”dah tu kenapa dgn tudung tu?’’ (yelah..ira pun satu..tanpa bagitau dia yg merupakan kawan baik ira yang free hair ni),terus pakai tudung labuh)..tapi wajib ke bagitau dia??..nope..tapi sebagai kawan kita kenelah jaga hati dia..k fine..its my fault...
Hari yang berikutnya..ira diterjah lagi oleh sang sahabat ni dengan soalan yang x mampu ira jawab..BUKAN x da jawapan tapi ira cuma sentiasa ingat pesan ustazah ira..’’lebih baik jangan berhujah dengan orang yang jahil..kalau x kita akan kelihatan jahil dimata mereka...’’
Sahabat: apa beza pakai tudung labuh dengan tudung biasa? (dahi yg agak berkerut)
ira: (apa ira nak jawab ni?..ira x nk nampak jahil dimata dia..) emm..ira rasa terlindung sgt sebab tudung ni besar..ha3..(agak memalukan jawab mcam tu..hu3..)..ntahlah..ira dapat rasa kelainannya.. (ira sgt terkenal dgn muka yang garang..memang dicipta begini..sgt susah senyum sebab org lain pun mengaku yang diorang takut kalau2 senyum diorang tak terbalas..kuang3..)..dulu org susah nak senyum dengan ira tapi sekarang rasanya sgt mudah untuk lihat orang senyum kat ira..lagipun..dulu budak lelaki suka  suki diorang je nak berlanggar bila lalu tempat sempit..tapi..sekarang dari jauh diorang dah paham untuk bagi laluan kat ira dulu...(senyum nampak gigi..)
Sahabat: maksud aku..cube kau tengok syaz (classmate)..even dia x pakai tudung labuh,dia still baik..so,apa bezanya...
ira: (=,=).....
Sekarang ira nak tanya kamu semua,kenapa kita solat sunat..sedangkan kita hanya wajib menunaikan solat fardu kan??...bagi ira,unusual is better than usual...biar ira jawabkan soalan ira tadi ye (tangan atas bahu)... ok...kita solat sunat sebab kita tak tau sama ada solat fardu kita tu perfect or tak kan..so dengan solat sunat tu kita boleh tampal kat mana2 ibadah2 wajib yang berlubang2 tuh...sama macam tudung...sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh dibawa solat..kalau kita pakai baju ketat n tudung pendek,boleh ke kita gunakan pakaian tu untuk solat??
KESIMPULANNYA...pedulikan apa org akan kata atau apa yang orang kata..(ada beza ke) ha3...apa yang penting..kerjasama!!..(gurau)..
*sahabat2 semua..kita kena sedar bahawa jaminan mak ayah kita di syurga masih dalam tangan kita even kita dh berkahwin (bagi muslimat)...kalau betul kita sayang mak ayah kita,janganlah tarik mereka ke neraka di akhirat kelak...tetapi tariklah mereka ke syurga nanti...* :D 

Sunday, 13 January 2013

istikharah cinta


Istikharah cintaku..
Ku pohon di akhir sujud..
Meminta diberi petunjuk...
Pada hati yang buntu...
Dan pilihan yang keliru...

Ya Allah....
Aku..insan biasa...
Aku..hamba hina...
Yang mengharapkan cinta manusia...

Cintaku kerana agamanya...
Cintaku kerana ilmunya...
Cintanya pada-Mu buat aku terpana..

Bukan redha-Mu kucari untuk bersama dia...
Tapi bersama dia kujadikan landasan redha-Mu..
 Ku pohon dengan istikharah cinta..
Agar ku diberi kepastian dengan ketentuan-Mu...

Ya Alim..
telah Kau ketahui segala yang tersembunyi..
Sedang aku hamba yang buta dan tuli...
Masih mencari-cari takdir illahi...
Yang tidak kupasti...

Ku akui...
Tiada petunjuk-Mu bukan bermaksud aku hamba dibenci..
Malah itu petanda pada diri..
Bahawa persoalan itu terbaik buat hati ini...

Ya rabb...
Biar sekuat mana cintaku pada lelaki itu...
Namun aku mohon Kau lenyapkan rasa itu...
Seandainya dia bukan takdirku...
Dan...
Jadikanlah aku hamba yang rela atas anugerah-Mu...

Tuesday, 8 January 2013

jom tutup aurat


Jom tutup aurat!
‘’Eh!,dah tutup aurat lah ni’’..itu bukan tutup aurat,itu balut aurat..jom lah labuhkan tudung,longgar2kan baju..
‘’LAYAK KE AKU?’’ Ayat cliche kan bila kita ajak atau diajak berhijrah..bayangkan kalau ‘’tagline’’ tu diiktirafkan sebagai tagline yang layak digunakan oleh org yang tak layak,maka beramai-ramailah kita mejadi orang yang tak layak..sedangkan micheal jackson yang pernah mensyirikkan Allah pun masih fikir dia layak dimaafkan Allah,inikan pulak kita yang lahir2 je dah dengar azan kan...
Dulu ira dikategorikan sebagai muslimah yang MEMBALUT aurat serta MEMBAYANGI aurat ira sampailah suatu ketika ira sedar apa itu MENUTUP aurat... nak dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang ni,ira bertemu hidayah (bukan nama orang) setelah membuka channel ala-ala islamik gitu. Ustaz Azhar Idrus lagi tuhh... excited ni bila dengar ayat ustaz yang berbunyi ‘’perempuan tak wajib pun pakai tudung’’...(ha3,senyum jahat gitu)..’’tapi perempuan wajib tutup aurat’’...emm,terus tukar channel kan...
TUTUP AURAT...sekali lagi ira mentionkan disini,tutup aurat,bukan balut or bayangi aurat..orang jahat pun berfikir 1,000,000 kali untuk rogol muslimah yang solehah ni..(ehem3...)..fikir apa??...yelah,cuba kita fikir,berapa banyak masa yang diorang perlu ambil untuk membuka tudung muslimah yang berlapis2?? Belum kira baju and stoking yang berlapis2 jugak tuh...belum sempat bukak tudung lapisan yang terakhir,polis dah sampai..ha3..nampak tak permainan dia?! Percayalah kawan2,Allah takkan menyusahkan hamba2 Nya..
Eh,dah lari tajuk ni.. ok sambung objektif kita tadi,samada kita layak atau tak..
contoh,bila kita diajak pakai tudung labuh,kita cakap kita tak layak untuk berubah sebab kita tak cukup baik..sebenarnya,perubahan itulah yang buatkan kita layak menjadi yang lebih baik..bila kita berpijak di turning point dan berpusing 360 darjah,maka secara automatic kita LAYAK! Layak mendapat suami yang soleh! (wahh!! Bersinar2 mata) siapa tak nak,kawan2?? Di sini,ira bukan nak menekankan pemakaian pakaian yang menutup aurat saja tetapi apa yang nak ira HIGHLIGHT kan adalah kita semua layak disaat kita berubah..... :D

*ibarat mikrofon yang ditutup dengan kain jarang..kita tau disebalik kain jarang tersebut adalah mikrofon....dan....ibarat mikrofon yang dibalut ketat dengan kain yang tebal...kita still tau disebalik kain tebal tersebut adalah mikrofon...tapi...kalau mikrofon yang sama dilindungi dengan kain yang longgar dan tebal...sure kita anggap disebalik kain tersebut adalah burger (mcm takde kene mengenakan)..he3....*