Friday, 18 January 2013

akan ku terus ketuk pintu Tuhanku...


Akan aku terus ketuk pintu tuhanku
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Dikala mata-mata sedang lesu beradu
Akan ku seru nama-Mu
Di penjuru waktu yang sunyi dan sayu
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
Sekalipun tangan ku penuh debu
Sedang pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu
Tuhanku tak pernah menghalau tamu
Yang datang bertemu dan menyeru
Sekalipun dosa memenuhi angkasa
Namun keampunan-Nya meliputi segala
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
Tanpa jemu,tanpa malu
Selagi ku memanggil-Nya,DIA MAHA TAHU
Aku hanya seorang hamba
Ada dosa,ada pahala
Namun DIA YANG MAHA MULIA
Limpahan kemaafan tiada tepian
Kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
Sedangkan aku insan penuh kedaifan
Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yang letih
Janganlah aku DIKAU sisih
Dari kurniaan nikmat kasih
Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istighfar dan tasbih.....


-mohd asri zainul abidin-



*kalau nak masuk bilik orang lain pun,jangan lupa ketuk pintu tau antum2 semua...beri salam jugak...he3..^_^..* :D

No comments:

Post a Comment