Wednesday, 3 September 2014

Saya daie bukan mufti...

Eh eh eh.. bukan main kau ira..siap guna tagline pencetus ummah lagi..hak3...

Haa tak payah nak menggeletis sangatlah ye..
Bukan apa...bila kita bertudung labuh,orang kata kita ustazah..
Bila kita berkopiah,orang kata kita ustaz...
Bila kita bercakap soal agama,orang kata kita berlagak baik..
Bila berdiam diri,orang kata kita kedekut ilmu pula..
Bila kita guna tagline pencetus ummah,orang kata kita suka si pencetus ummah tu..eh?? ha3..
Biasalah..mulut orang..

Ok..sebelum tu anak2.. mummy nak tanya,apa maksud daie?? (mummy sgt!!) ha3..
Ye betul anak2..daie bermaksud pendakwah..

Sekalipun kita mengajak orang melakukan kebaikan melalui laman social,itu juga dikira dakwah..
‘’ek eleh..dakwah tu bukan setakat kat fb je..’’ haa kalau ada orang kata macam tu,telinga mereka layak ditarik ye..ha3..

Sekarang kak ira nak tnye lagi (muda balik tetibe,ha3)..apa maksud mad’u pula??
Mad’u bermaksud orang yang ingin kita dakwah atau sasaran..haa..

Ira teringat perbualan ira dengan kakak...
Katanya,dakwah yang paling sukar adalah dakwah kepada keluarga sendiri...
Dan ira akui sebab ira pun pernah kena ‘brain washed’ dengan kakak ira ni,ha3...

Mula2,memang susah nak terima teguran orang...rasa macam.. ‘’poyo nye nak ajar2 orang ..’’ gitulah..
Sebab apa susah nak berdakwah dengan family?

Sebab pertama,umur...
Bila mad’u kita adalah ayah,ibu,kakak atau abang misalnya...
Kita mungkin akan dikategorikan sebagai anak atau adik yang biadab atau secara kasarnya ‘’kurang hajar’’ apabila memberi nasihat atau teguran..
Tapi jangan salah faham,mungkin juga diorang malu dengan diri sendiri..kan..

Kedua..experience atau dalam bahasa malaysianya,pengalaman..
Terutama sekali apabila menyentuh perkara2 yang belum kita lalui..contohnya soal didikan anak2..
Kita mungkin atau confirm akan dikategorikan sebagai anak atau adik yang berlagak pandai..
Bayangkan situasi dimana kita disoal,’’kau tau apa?? Kau dahada anak ke??’’..
Haa..mau terkial2 menjawab..be prepared ye..
Iyee,,, kak ira faham..mungkin adik2 semua dapat ilmu daripada pembacaan atau dengar dari mana2 majlis agama..
Apa2 pun..segala teguran yang ingin kita berikan, perlulah kena pada tempat dan situasi nya.. agar...tak tergores mana2 hati..  :D

So,untuk keselamatan dan kesejahteraan anda yang bergelar daie..anda disarankan untuk selalu meminta pendapat atau pandangan serta nasihat daripada mufti (orang yang berilmu)..
Itu lebih molek..

‘’jangan tak ngaji na... tak ngaji,ceroi~

Saturday, 31 May 2014

aku rindukan tarbiyah itu :'(

"Kak , saya ada suka someone." Bicaraku perlahan. Segan.
Akak memandangku. Tepat pada mataku. Bibirnya mengoyak senyum.

"Dah besar adik aku ni. Dah pandai lawan tuhan.”

Argh. Pedih. Aku diam. Pedih.

"Aku tahu,kau nak cakap tu fitrah kan? Ada perasaan kasih sayang semua bagai tu kan? Tapi kau tahu tak, yang kau duk cinta tu adalah perkara haram? Kau tahu tak?”
Suara Kakak sedikit keras.

Aku mengangguk perlahan. Aku tahu,aku tak patut jadi lembik. Macam kain buruk. Tapi, aku manusia biasa. Ada ketika, hati aku koyak luka. Ada kala,hati aku mudah jatuh pada dunia.

"Aku nak kau tahu satu perkara. Kalau kau sayang tuhan,kau nak syurga, akhirat nanti kau nak tengok Dia, lawan perasaan kau tu. Fitrah takkan datang dalam keadaan jijik macam tu. Fitrah tu suci. Dan kembali kepada fitrah kau, cintakan perkara suci. Dan yang benar suci, cuma Allah.”

Aku diam. Ku ramas jari jemariku sendiri. Pedih. Makan dalam.

"Ingat, kalau kau betul betul nak jumpa Dia nanti, lawan perasaan kau tu. Lawan nafsu jahat dalam hati kau. Aku tak nak paksa,tapi aku sayang kau. Jangan kau nak hidup lalai, ibadah terabai, tali kau dengan tuhan terburai. Ingat, benda tak pasti jangan terhegeh kau nak kejar. Rugi.”

Dan dalam diam, aku belajar melupa. Apa yang belum pasti, tak usah bersungguh kita kejari. Takut takut, kita yang rugi. Ada sebab, kenapa Allah uji hati kita begini. Sebab?

Sebab dulu, kita pernah minta syurga. Dan tak mudah untuk kesana,tanpa mehnah dan ujian. Ini baru tingkat pertama, Moga kita terus kuat, untuk seterusnya.

Hati, sila buang dunia darimu. Masukkan ruh tuhan dalam jasadmu. Kelak, kau akan temui apa erti cinta hakiki. Dan apa maknanya cinta suci. Kelak, kau mengerti.

Saturday, 15 February 2014

Carilah lelaki yang mampu jadi imam... :D


‘’Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi,dah solat tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang?’’

‘’Maybe kot. Try search kat google..’’

‘’Dah..Tapi macam tak faham sangatlah,bang. Em.. Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat,ada ustazah ajar pasal fikh wanita..’’

‘’Buat apa? Cari je kat youtubbe. Banyak kuliah boleh tengok dalam tu. Lagipun,abang sibuk.. Mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..’’

           *                         *                    *                          *                      *

Asal seorang wanita adalah pengikut. Yang berhajat kepada pemimpin untuk dibimbing.
Asal seorang lelaki pula adalah ketua. Yang merupakan pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam? 

Apabila imam selesai membaca Al-Fatihah,makmum mengaminkan. Apabila imam rukuk,makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud,makmum ikut sujud.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Didalam solat ada imam dan makmumnya. Diluar solat juga ada ketua dan pengikutnya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar,betul dan tepat.

Mencari seorang imam

Tak kacak tak apa, (tapi klau dapat,itu satu bonus,ha3) ,sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa,sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidaklah kacak mana tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Ada juga lelaki yang rupanya kacak tetapi rambutnya panjang tidak terurus,pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan cirri-ciri seorang pemuda islam. Kefahaman agama pula dianggap perkara remeh.

Asalkan dia baik?

Biarlah dia tak pandai agama pun,asalkan dia baik. Alhamdulillah,anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita disini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Soalan cliché, ‘’habis,orang tutup aurat semua baiklah?’’
Ustaz Azhar Idrus jawab,’’belum tentu,tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Haa samalah dengan statement,’’bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik,tetapi seorang lelaki yang baik itu pasti tidak meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah,carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam,didalam dan diluar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama,dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah kita mahukan ikatan itu sampai ke syurga? Mana mungkin  seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana..

*Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah untuk dirimu seorang IMAM,dan bukan semata-mata seorang jejaka.



BY irama DNAS