Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati?
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan
Tuesday, 10 December 2013
Friday, 8 November 2013
yuk...solat..
Assalamualaikum semua.. *buat muka comel*...
Entry kali ni,ira just nak share something that almost people did'nt know.. and someone had asked me.. ''ira,tau tak bacaan waktu beri salam dalam solat?''...emmm something like that lah..memang tak lah nak hafal sebiji2 ayat nye kan...ha3..
Sebelum ira jawab,ira nak kongsi sesuatu dengan sahabat2 yg ira sayang ni..hu3.. kongsi ap ek? yg penting,bukan kongsi coki2.. nak tau kongsi ap,kene lah baca... lala~~
‘’sesungguhnya Rasulullah saw memberi salam ke kanannya,dengan
assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi
kanannya dan ke kirinya dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat
pandang keputihan pipi kirinya’’
(HR Abu Daud,at-Tarmizi,an-Nasaai dan Ibn Majah ‘Ammar bin Yasir
dan Mishkat)
''kak ira ! kak ira !.. hukumnya macam mana pulak?''
ehem...*betulkan tudung*
Hukum berpusing muka ketika memberi salam adalah sunat,tak kira mazhab apa pun,ye adik2...tetapi..pusingan tu mestilah sehingga nampak pipi kanan dan pipi kiri
org yang di sebelahnya...
- Dalam Mazhab Hanafi,memberi salam ketika hendak berhenti dari solat adalah wajib sahaja dan yang fardhu atau rukun ialah kemahuan sendiri atau kehendak orang yang solat hendak keluar dari solatnya itu.
Contoh
Apabila seseorang sudah cukup baca yang fardhu dalam solatnya,dia boleh
berhenti dari solatnya dengan apa cara sekalipun,selain mengucapkan salam jika
itu cara yang dikehendakinya. Solatnya sempurna TETAPI dia berdosa kerana tidak
mengucapkan salam yang wajib itu.
Jika telah mengucapkan salam ke kanan,dia tidak boleh keluar
solat tanpa mengucapkan salam ke kiri kerana
solatnya belum tamat.. Ini kerana,dalam Mazhab Hanafi dan Hanbali kedua-dua
salam adalah wajib.
- Dalam Mazhab Maliki,Syafi’i dan Hanbali, mengucapkan salam adalah rukun. Ucapan salam sekali ke kanan bagi Mazhab Maliki dan Syafi’i telah membuatkan orang yang solat itu terkeluar dari solatnya,kerana salam yang kedua iaitu ke kiri hanya sunat sahaja.
- Mazhab Hanbali pula,seseorang itu dikatakan keluar dari solat hanya apabila mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri. (means kedua2 nya kene buat)
- Yang membezakan antara ketiga2 Mazhab ini dan Mazhab Hanafi adalah... dalam ketiga2 Mazhab ini,solat akan terbatal jika tidak mengucapkan salam walaupun wujud kemahuan sendiri..
Wallahu a’lam... :D
ini bacaan ketika memberi salam...
memberi salam ke kanan
memberi salam ke kiri
*moga bermanfaat ye* :D
Tuesday, 5 November 2013
Takdirku atau takdirMu...
ira,kamu...kita semua pernah ada masa silam..tidak kira pahit atau manis...mungkin masin pun ada..ha3..
dan kita juga sering menganggap itu semua takdir Allah...anggapan itu tidak salah malah benar belaka...tetapi di dalam dunia ni ada 2 sahaja cara penerimaan 'mende' yang bernama takdir tu...heee...
1-marah,kecewa,sedih...
kerana apa? kerana apa yang kita inginkan tidak dapat kita perolehi..ketika itu, syaitan sedang mencucuk-cucuk emosi kita sehingga kadang kala kita dengan marah menyalahkan takdir..maka di situlah mulanya titik2 kemarahan timbul sehingga kita lupa akan kenikmatan yang selama ni Allah bagi...tetapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubahnya sendiri...
2-redha,bersyukur...
bak kata sahabat ira,redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan Allah..orang yang bersyukur itu adalah orang yang sedar bahawa Allah tidak melihat pada hasil tetapi pada usahanya...jika tidak,tentu dia dapat apa yang dia usahakan..itulah ujian (kasih sayang) Allah,sayang..
Takdirku atau takdirMu..??
i got mechanical engineering in UMP because of what?? hello~~~
ira=mechanical engineering...memang tak masuk akal lah kan..mak sendiri pun tak percaya..cehhh...lemah lembut lah konon kan~~~
i did'nt get medic because of what?? why why why??
soal kita tolak ke tepi sekejap ye..just look at others...ira ada sahabat yang sangat sangat sangat pandai dan pointer dia 3.8 something..deabak!! tapi medik bukan rezeki dan takdir dia..agak2,itu takdir siapa?takdir dia atau takdir Dia? ira rasa,korang sendiri boleh assume...
ira pulak...pointer tak sehebat dia and still sama...tak dapat medic..agak2,itu takdir siapa? mungkin ada kekurangan dalam ibadah ira..mungkin juga ada kekurangan dalam usaha ira...Allah maha mengetahui...
apa2 pun...jangan pernah berkata..''bila aku tak belajar,aku dapat markah sikit...bila aku belajar pun,aku dapat markah sikit...aku redha...sebab itu takdir Allah...jadi,lebih baik aku tak payah belajar...kalau Allah nak bagi,bagilah...'' HAAA...JANGANLAH GITU...redha,redha jugak...tapi ingat...bukan kejayaan,bukan kekayaan yang akan kita bawa ke 'sana' tapi usaha ke arah kejayaan dan kekayaan itu yang akan jadi bekalan... to all my sayangs...try your best and just follow the flow..insya Allah...
*Allah's plan is like a movie,all the good and bad things are arranged together for the good ending...just keep pray for the best...* :D
BY-IRAMA DNAS
Lillahi ta'ala
Syurga....
siapa yang
tak nak kan..dan Allah telah menjanjikan syurga kepada hamba2-Nya selagi mereka
(kita) tidak berpaling daripada-Nya...
syurga tu adalAh satu2 nya impian kita di
akhirat kelak kan...tapi kat dunia ni,kita ada bermacam2 impian dan harapan..
at
the same time,,are we realize or not yang kita sentiasa mengharap tanpa
berusaha..agak2 kalau kita ada pekerja yang malas bekerja,nak ke kita bayar
gaji?? Memang tak lah kan...
Kerana itu perlu ada pengorbanan.. berat tetapi jika niat kita ikhlas kerana Allah s.w.t..maka Allah akan datang dengan pertolongan-Nya..
seperti biasa,ira ada satu cerita..dimana wujudnya seorang lelaki
yang amat soleh..
Pada suatu hari,lelaki tersebut terdengar berita tentang pemujaan dan penyembahan sebuah pokok oleh penduduk kampungnnya..dengan niat amar maaruf nahi mungkar,dia mengambil kapak dan bergegas ke arah pokok tersebut untuk menebangnya.. dalam perjalanan ke arah pokok tersebut...jeng jeng jeng.... datang seekor syaitan yang menyerupai manusia.. lalu mereka berdua bertarung dan berlawan..dan akhirnya lelaki soleh itu berjaya menewaskan syaitan tersebut...
Namun begitu,syaitan yang amat licik itu tidak berputus asa untuk menyesatkan anak adam... dia kemudiannya menawarkan dinar emas jika lelaki soleh itu tidak meneruskan niat untuk menebang pokok tersebut...
Cer teka ap
jadi...heee....
Lelaki soleh tersebut termakan hasutan syaitan itu..esoknya lelaki soleh itu berasa terkejut
apabila dia mendapati terdapat sekeping dinar emas di bawah bantalnya setiap
pagi...kejadian tersebut berlanjutan selama 3 hari berturut2..tetapi...pada
hari ke-4,syaitan tersebut memungkiri janjinya...
Dengan rasa
marah,lelaki soleh itu bergegas ke tempat pemujaan untuk meneruskan niatnya
yang dulu..dalam perjalanan,sekali lagi syaitan muncul dan berlawan dengan
dia..tetapi kali ini lelaki soleh tersebut tewas.. apabila ditanya,syaitan itu
berkata, lelaki itu tewas kerana niatnya sudah tidak ikhlas kerana Allah...
Konklusinya...tidak
kira ap pun yang kita buat,perlu niat kerana Allah kerana dengan niat itu lah,kita umat Islam menjadi kuat...kerana niat itulah,Allah akan membantu hamba2-Nya..insya Allah...
*ibarat seringgit yang diderma ikhlas kerana
Allah dan seribu ringgit yang diderma dgn riak... seribu itu hilang dengan
sia2,my dears....* :D
by-irama DNAS
Saturday, 2 November 2013
last minit punya cerita...weee....
Last minute punye kerja hampeh lah... last minute punye kerja tak
bagus lah...
Tapi last2, kita jugak yang amalkan benda last minute tu kan..
Kebetulan memang ada satu minggu tu ira buat segala kerja
last minute.. be honest,ira mengaku
memang ira buat last minute punye kerja minggu tu..
Minggu tu nak balik cuti,minggu tu jgak lah ira baru terhegeh2
nak cari tiket..
Minggu tu nak kuiz,minggu tu jgak lah baru terhegeh2 nak cari
kawan yang master bab tu untuk mengajar ira..
Minggu tu nak pergi kuantan (naik bas kat terminal kuantan),minggu
tu jgak baru terhegeh2 nk cari partner naik teksi (klau naik sorang,mau cecah
RM40 oii)...
Haish...give up jgak lah masa tu..eh bukan give up tpi
tawakkal...heee....
Huh! Disebabkan kebetulan tu lah,ira rasa nak berkongsi sesuatu
dgn kawan2 semua...
Kes balik tu...
Time ira beli tiket tu memang selang beberapa hari je lg nak
balik.. sebelum ni asyik bertangguh nak beli je..smpai roommate dah bising,
baru lah nak bergerak.. tpi Allah tolong last minit bila ada dua tmpat kosong
yang tinggal..memang tak lah nak duduk tmpat duduk belakang kan..ibarat naik
roller coaster 5 jam beb...ha3...
percaya tak yg ira pilih untuk naik bas pukul 1 pagi ?
1 PAGI !!! i’m a girl and a day after that day,ira baru tau yang
bas tu dri kuantan-Melaka BUKAN ump-melaka..means i’ve to go to kuantan by taxi
before boarding the bus.. tpi Allah tolong last minit bila ada seorang kakak
sukarela untuk hantar ke terminal malam tu..amboiii !! sukarela kot...ha3...
Sebelum Allah jumpakan ira dgn kakak tersebut,ira berusaha mencari
partner teksi untuk ke kuantan dannnn Allah tolong bila ada boyfriend
(boyfriend means kawan lelaki kan..hak3) ajak naik kereta sewa dgn member2 dia
yang lain...beristikharah ira sekejap bila nk naik satu kereta dgn hero2 malaya
tu... *beristikharah dgn bonda je pun*
Lagi..?? emmmm....
Mcm yang ira mention td,KUIZ... esoknye nak kuiz computer aided
design,hari ni baru nak explore.. (sesiapa yang tau ap itu comp aided design, fahamlah
kan)..
last2,ira fed-up smpai tawakkal habis untuk kuiz tu.. tp Allah tolong
last minit bila ira berjaya sempurnakan computer drawing ira tu hanya dengan ‘tekan2’..ha3..tekan
punye tekan,jadik jugak...
Another story...sehari sebelum balik,ira ad pinjam hard disk
kawan..time nak pulangkan tu jgak lah dia nak kene virus kan.. memang keluar
lah air mata wanita berhati lembut mcm ira ni..cehhh..ha3..
At that time,tak fikir benda lain selain nk mengadu kat kwn baik..ira
try call,dia tak angkat..klau korang mesti tak try call lg kan..tpi hati ira
kuat untuk cuba call dan call smpai dia angkat..masalahnya dia tak
angkat..lepas banyak kali call tak angkat,ira angkat lah kaki pergi bilik
dia..smpai sana,rupa2nya.......dia TIDOOOOO...
Tanpa belas kasihan,ira gerakkan dia smpai dia bangun..mana
taknye,dh janji nak pulangkan hard disk pkul 11 pg tpi time tu dh tunjuk pkul
10.43 pg..ira ingat lg..sebenarnya tak terfikir pun yang shortcut files tu
boleh diselamatkan..tp Allah tolong last minit bila kawan ira tu ad software
utk hilangkan virus shortcut tu..kali ni memang betul2 last minit...
11.10 pg ira
dh tunggu pemilik hard disk tu tpi pkul 11.45 baru smpai..sabau je lah ira
oiii...(bukan ira lambat tpi meet time dh bertukar pada 11.15 pg k..)
*Jalan
cerita smua tu tak penting..apa yang ira nak sampaikan kat sini adalah pertolongan
Allah datang tak kira masa.. Cuma kadang2 kita lupa atau kurang sedar bahawa
segala yang berlaku atas kehendak-Nya..sedar atau tak,kita selalu sebut “nasib
baik bla bla bla..”..itu nasib ke?? Nope..itu kehendak Allah.. *
Sekian,assalamualaikum... :D
by-irama DNAS
by-irama DNAS
Sunday, 26 May 2013
andai syurga dan neraka tiada
Pernah suatu masa dulu,Rabiatul al-Adawiyah sering dikunjungi
oleh masyarakat arab dan rumahnya sebagai pusat pengumpulan bagi majlis-majlis
ilmu ...
Ahli-ahli sufi yang pernah
menjadi guru Rabiah juga kerap turut serta dalam majlis ilmu yang diketuai oleh
Rabiah,oleh kerana makam Rabiah yang menjadi lebih tinggi berbanding
mereka.. Ilmunya dan ibadahnya cukup
membuktikan iman dan cintanya hanya untuk Kekasihnya yang satu,Allah s.w.t...
Suatu hari,Rabiah didatangi oleh sekumpulan masyarakat.. sedang
asyik berbincang hal ibadah,Rabiah mengajukan soalan yang berbunyi, ‘’Apakah
sebabnya kalian menyembah Allah? ‘’.
Salah seorang pemuda daripada kumpulan itu menjawab,’’ Tentu
saja kerana aku takut akan azab Allah di neraka bagi orang-orang tidak
menyembah dan melakukan larangan Allah s.w.t.. ‘’
Setelah tiada tindak balas daripada Rabiah,pemuda yang lain pula
bersuara,’’ Sudah tentu kerana aku inginkan ganjaran syurga yang dijanjikan
Allah kepada hambaNya yang taat. ‘’
Setelah mendengar jawapan kedua-dua pemuda itu,Rabiah memandang
kedua-dua pemuda itu lalu berkata,’’ Jadi,jika ditakdirkan tiada azab di neraka
dan tiada ganjaran syurga,adakah kalian akan tetap menyembah Allah? ‘’
Keadaan menjadi senyap kemudian salah seorang daripada mereka
memberanikan diri untuk bertanya,’’ Lalu apakah yang membuatkan kau menyembah
Kekasihmu sehingga imanmu sebegitu tinggi dan kuat? ‘’
Dengan rasa rendah diri,Rabiah menjawab.’’ Sesungguhnya aku
hanya mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t. ‘’
Last but not least,jangan hanya mengharapkan redha Allah jika
diri ini belum cuba mencarinya..
*di akhirat kelak,seramai 70 000 orang Islam akan mendapat
syafaat daripada srikandi Rabiatul Al-Adawiyah*
By : irama DNAS...
hundred steps...
100
STEPS
Pernah tak kita terfikir yang Allah akan makbulkan doa kita??
Mesti selalu kan..he3.. whether we
realize or not sikap tu sedikit sebanyak mempengaruhi naik turunnya iman kita..
Apa sebab naik? Dan apa sebab turun?
Semua tu depends on diri
masing-masing.. kalau kita rasa dengan ketidakmakbulan (amik kau,ha3) doa tu
dapat tingkatkan tahap kesabaran kita,so Alhamdulillah lah.. maka bertambahlah
level iman kita..
But when the truth make us lose hope to Allah atau hilang rasa
percaya pada Allah dan rasa berputus asa dengan Allah... maka berusahalah lebih
untuk menjadi hamba yang sentiasa ikhlas dalam proses tawakkal...
Ada satu ayat ni,ira suka sangat gunakan.. ‘‘ kadang-kadang bila
kita minta matahari,Allah turunkan hujan serta petir dan kilat...lalu kita
sedih...bila hujan berhenti baru kita tau yang sebenarnya Allah nak kurniakan
kita pelangi’ ’’
And one more story,emm ira pernah rasa haus dan ira teringin
sangat nak minum air horlick sejuk tapi bila sampai kedai, ira dapat minum air
sirap je.. harus lah sedih an?? Ha3..tapi ira lupa yang haus ira tetap hilang..
see.. Allah loves me.. and its shown...
Allah Maha Kreatif..pelbagai gaya boleh Allah tunjukkan kasih
sayang Dia pada kita.. Cuma.... bergantung pada tahap kreatif kita jugak untuk
nilai dan siasat kasih sayang apa yang Allah dah beri..
Usah berputus asa ya sayangs..
mungkin Allah dah tentukan kita dapat apa yang kita nak setelah berada
di tangga yang ke-100 dan mungkin juga kita telah sampai di tangga yang
ke-99... :D
Made by iramariana DNAS :D
Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz...
Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz..
Ira Islam tapi belum
tentu ira islam..
Macam mana tu ek?? Copp!! Copp!! Any differences between Hafiz
and hafiz ?? then,apa pula beza antara
Islam dan islam?
Ok...For example,ada sorang mamat ni,orang panggil dia Hafiz dan
nama dia ditulis dengan huruf besar sebab Hafiz tu kata nama Am..(amboi,kembali
ke sekolah nampak..ha3)
Tapi bila orang panggil dia hafiz iaitu perkataan yang ditulis dengan huruf kecil,maknanya dia adalah orang yang menghafal al-Quran,kata kerja ...
faham tak faham tak?? :D
Hah! Sama lah bila ira katakan yang ira Islam tapi belum tentu ira islam.. Islam yang ‘I’ besar tu,hanya pada nama. Kita orang Islam. Ya betul tapi belum tentu kita ni seorang islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Kiranya adik-adik (hu3), ‘I’ besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan ‘i’ kecil orang yang betul-betul cuba menghayati cara hidup Islam...
Janganlah kita ni sekadar menjadi Islam tanpa islam.. Islam yang sekadar atas nama (ehem macam atas nama cinta pula,ha3)... yela,sekarang ni ramai yang boleh buktikan kat orang yang dia Islam tapi kita selalu lupa cara macam mana nak buktikan kat Allah nanti...
Islam kat i.c boleh kita nampak tapi islam dalam hati,Allah je yang tahu.. kadang-kadang kita lalai untuk selalu tanya pada diri kita, ‘‘Adakah aku sebagai seorang Islam telah membuktikan keislaman aku ni? Apakah yang akan aku hidangkan apabila Islamku Kau minta...?
And selalu-selalukan lah diri ni untuk berdoa... Ya Allah,lindungilah aku daripada menjadi hamba Mu yang leka... ingatkan aku jika lupa dan betulkan aku jika salah Ya Rabb..’’
Allah Maha Mendengar,Maha Penyayang.. Allah juga pernah bersabda
yang bermaksud,‘‘ pada hari kiamat,jika di tangan kamu masih ada biji benih
maka tanam lah’’..jadi takda maknanya ‘terlambat’’....
Sekarang dah jelas yang Allah terima taubat setiap hambaNya selagi hambaNya tak menyekutukan Allah... nak bukti tak yang menunjukkan betapa pemurahnya Allah dan betapa kedekutnya kita ni..?
Ok.. first step,kita kene berlagak jadi bos sekejap k..he3..
Bila kita jadi bos,nak ke kita terima balik pekerja yang selalu ulang kesalahan dia even dia dah minta maaf.. tak kan? Kononnya,’’kalau dulu korang boleh buat,tentu korang boleh buat nanti..then,ada yang kata..sekali kau bohong,sampai bila-bila orang tak percaya...’’
Next,langkah ke-2...imbas balik kata-kata ustaz or ustazah ke..
Tak pun cuba ingat balik,kalau-kalau kita ada terbaca yang pintu
taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin bertaubat..Allah tak pernah
tolak taubat hambaNya even kita selalu ulang dosa kita kan...
Masya-Allah!!! Betapa murahnya kemaafan Allah berbanding kita yang kedekut dengan manusia yang lain.. padahal nikmat yang kita ada ni pun sekadar pinjaman semata-mata.. tak sedar diri ke kita ni??
* manusia pula sekarang sibuk memurahkan diri..haish! *
So,back to the main topic.. jangan jadi Islam tanpa menjadi islam..
Bila jadi orang Islam,cara nak mantapkan iman...first dengan qalbi..second qauli (lidah) and the last thing is fik’li (anggota)...
percaya dengan hati,akui dengan lidah dan buktikan dengan perbuatan.. bukan
setakat mengaku Islam,dah cukup...kalau solat dengan hati pun dah dikatakan
selemah-lemah iman,inikan pula Islam yang berlandaskan hati je.. RENUNG-RENUNGKAN
DAN SELAMAT BERAMAL... :D
sekian,tq..ha3..
by irama DNAS
Sunday, 31 March 2013
senyum walaupun pahit
masalah oh masalah... kenapa lah datang kat
aku..kenapa lah aku yang terpaksa tanggung semua tu..kenapa itu..kenapa ini..
why should this questions come out from our mouth??
bukan ke lebih baik kalau kita anggap itu
ujian..lebih molek ujian berbanding masalah.. kenapa ira cakap macam ni sebab
masalah hanya diberi oleh manusia yang menyusahkan kita tetapi ujian adalah
pemberian daripada Allah sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita...
just imagine,kehidupan di sekolah pun ada
peperiksaan a.k.a UJIAN... apa tujuan ujian tu?? boleh ke kita tahu tahap ilmu
kita?? no,right?.. thats it!!.. Allah bantu kita nilai diri ni dengan ujian
yang diberi...
SENYUM WALAUPUN PAHIT... tak ada orang yang
hidupnya manis sentiasa,sayangs...
ketentuan Allah tu ada pelbagai rasa.. kalau kita
pergi kfc pun kita diuji..diuji macam mana..?
''adik,adik nak yang original atau spicy?''..kan
slah satu soalan tu..ikut kefahaman,soalan boleh dianggap sebagai peperiksaan
a.k.a UJIAN...kan...
jadi..sudah tentu Allah tentukan hidup kita ni
pelbagai rasa,suasana dan warna..untuk apa?? supaya ada kenangan dan pelajaran
untuk dikenang kelak.. senyum walaupun pahit...
this is the latest one..cerita asli punya...
anggaplah Irma sebagai watak utama perempuan...Redza watak utama lelaki..dan Aisyah sebagai watak
tambahannya..(amboi! nama moden aja)..
cerita ni bermula apabila mereka bertiga melalui
zaman pengajian mereka di sebuah universiti.. nak dipendekkan cerita,Irma ni
suka sangat dengan Redza..sebab apa?? sebab Redza seorang lelaki yang sangat
aktif dalam kerja2 dakwah ni.. siapa pun boleh suka pada dia.. cukup lah sekali
je dengar tazkirah yang diberi Redza.. sekali je!..dh cukup tertarik.. bagi
Irma,dia bukan lah sehensem aron aziz mahupun shah rukh khan..tetapi semangat
dakwahnya sangat menarik hati..
Irma pula berjilbab biasa, bukanlah seorang gadis
yang menjadi pencarian para soleh seperti Aisyah (kawan baik Irma).. dimana
Aisyah sangat dikagumi oleh para siswa dan siswi di kampus nya oleh sebab
kecantikan,kelembutan serta ilmu agama yang dimilikinya.. bukan jarang untuk
Aisyah mendapat surat layang yang berhasrat mengenalinya lebih dekat.. habis
semua ditolak..
dan tidak menghairankan jika Irma spill her
feelings to Aisyah..nama pun bestfriends... tak lama kemudian,berlaku satu
perkara yang menyebabkan Aisyah difitnah mempunyai hubungan dengan Redza.. dan
alangkah leganya hati Irma apabila Aisyah menafikan cerita tersebut.. diri Irma
amat yakin akan kata2 Aisyah tetapi bukan hatinya..dengan sengaja Irma membaca
mesej Aisyah dan....
guess what?!...Aisyah selangkah kehadapan daripada
Irma..nope!! bukan selangkah tetapi berlangkah2...
means...their conversations show that they had,have
and having a GOOD relationship... oh no!!..apa teganya hati seorang kawan..
teka lah apa orang seperti Irma buat..? Irma tak
punya ilmu agama sebanyak Aisyah yang bertudung labuh itu... Irma tak punya
suara dan percakapan selunak dan selembut Aisyah,gadis buruan lelaki soleh..
JUST A GADIS BIASA...
senyum walaupun pahit.. itu yang dibuat??YESS!!
absolutely...
katanya apa guna agama yang dia
pelajari sepanjang di kampus jika tidak diguna? apa guna dia berhijrah? apa
guna iman jika tidak diuji?
then,sampai sekarang kepahitan Irma masih disimpan
dan dipendam.. segalanya dapat berselindung disebalik senyuman yang kecil dan
ringan itu.. tiada pergaduhan mahupun penceraian dalam persahabatan...
sesungguhnya ujian Allah adalah bukti sayangnya
Allah pada hambanya.. besarnya sesuatu ujian itu,besar jugalah kasih Allah pada
kita..
SENYUM WALAUPUN PAHIT~
opps..mesti korang nak tau the ending for that
story kan...maaflah belum ada..tak semestinya Redza milik Aisyah disebabkan
kedua2nya soleh dan solehah.. dan tak semestinya Redza milik Irma kerana mereka
berdua bukan lah nama sebenar seperti pasangan artis Irma dan suaminya,,ha3..
now...just ambil apa yang baik dan tinggalkan yang
buruk..
Monday, 25 March 2013
jauhi aku,dekati waliku...
Sahabat
yang baik ialah sahabat yang membantu kita menjaga hati... menjaga hati??
Ok...salah
ke jika hati ini nak rasakan cinta?? Tak salah tetapi bukan ke lebih baik kalau
kita simpan rahsia hati tu...
Ira ada
terbaca sebuah buku..dalam tu banyak memberi ira panduan untuk menjaga hati
daripada menyalahgunakan kurniaan Allah iaitu CINTA...
Kalau kita
dengar perkataan cinta..pasti ada yang teringat-ingat si dia kan?? Ha3,tak
salah asalkan tak melalaikan kita daripada mengingati Allah s.w.t..
Sebagai
permulaan pembelajaran kita kali ni,ira nak ceritakan sebuah cerita..kisah
benar ni tau...
Kisah ni
menceritakan tentang seorang muslimah yang sangat2 menjaga hatinya.. tak
dinafikan kecantikan,kelembutan dan keayuan dia mampu mengalahkan semua
muslimah yang lain..dan itu yang menyebabkan para muslimin berebut-rebut untuk
mendapatkan dia..dan kerana itulah bermulanya praktikal subjek penjagaan hati
yang dia pelajari daripada kakaknya...
Nak
dipendekkan cerita dia pernah menerima surat layang daripada seorang muslimin...
muslimin ini bukan calang2 lelaki..means muslimin ini boleh dikatakan sekufu
dengan dia kerana muslimin ni juga seorang pendakwah yang aktif di sekolah
mereka.. namun ada prinsip yang perlu dipraktikkan oleh dia...
JAUHI
AKU,DEKATI WALIKU
Itulah prinsipnya
dan dia mengamalkan prinsip tersebut dengan jayanya..ha3...katanya,kalau
seorang lelaki itu boleh mesej kita sebelum berkahwin,tak mustahil juga dia
boleh mesej perempuan lain setelah berkahwin.. betullah tu..
Lepas
satu,satu pinangan dia tolak hanya desebabkan satu mesej... ustaz pun dia
pernah tolak... tiba2 murabbi dia hantar satu e-mail yg berisi biodata seorang
muslimin yang sejati...aiwahh...
Muslimin ni
turut berpegang pada cara seperti dia... lelaki yang baik diciptakan untuk
wanita yang baik dan lelaki yang jahat diciptakan untuk wanita yang jahat... dan
kalau nak tu,muslimin yang dikenalkan oleh murabbi dia terus bertaaruf dengan
familynya..itu lah yang membuat hatinya terbuka untuk menerima muslimin
tersebut..
Even
setahun lebih mereka bertunang,tak ada satu pun kata2 yang lagha dibualkan oleh
mereka berdua.. perbualan mereka pun ditapis oleh org yang boleh dipercayai
sebelum sampai ke telefon masing2.. sweet kan bila bercinta selepas nikah
nanti... hu3...
HAAAA...akhir2
ni ira selalu diajukan soalan..’’ira suka siapa?? Siapa org yg ira maksudkan
dlam blog tu??’’
Oookkkk
disini ira nak buat pengakuan..ira gurau je..ha3.. tak sangka ada yang ambil
serius.. ira tak nak bercinta lagi.. ira belum bersedia untuk fikir sejauh tu..
And one
more thing,I’M NOT SINGLE AND I HAVE A LONG DISTANCE LOVE BECAUSE MY IMAM LIVES
IN THE FUTURE... HA3 miss wahidah (kakak
ira) suka sgt dengan ayat ni.. this is for u.. <3
sebenarnya tak susah pun untuk kita jaga hati ni..selalukan beristighfar tiap kali hati ni terdetik untuk memikirkan perkara2 yang lagha..sentiasa mengingati cinta Allah kepada kita..jangan biarkan hati kita dipenuhi dengan cinta manusia yang fana.. jika kita mencintai manusia,manusia itu akan mati dan cinta itu akan turut mati tetapi jika kita mencintai Allah,Allah tak akan mati maka cinta itu kekal buat selamanya... kesiankan kalau bakal suami atau isteri kita tau yang hati kita ni pernah diberi kepada orang lain dan mereka mendapat sisanya...hu3...
For
conclusion,kita tak perlu cari cinta sebab bila kita mencintai Allah,Allah
pasti akan temukan kita dengan orang yang mencintai Dia untuk mencintai kita...
faham tak faham tak???
Next,memang
kita tak ada kuasa untuk tukar siapa jodoh kita tapi kita mampu ubah sikap
jodoh kita tu... contohnya,kita nak kan pasangan yang soleh dan solehah..jadi
kita kene jadi yang soleh dan solehah juga ya sayang2 ku ~
Last but
not least,cara yang paling berkesan bagi muslimah untuk memdapat jodoh adalah
dengan berusaha menjadi solehah bukan berusaha menjadi muslimah yang memandang
dan dipandang.. ok?? Sesungguhnya Allah akan pertemukan kita dengan jodoh kita
apabila kita betul2 bersedia..
By~
iramariana DNAS :D
Friday, 22 March 2013
ira tak perasan..maafkan ira...
kematian itu sangat hampir... hampir sangat sampai kadangkala kita tak mampu lihat tandanya... lepas satu berita kematian,satu lagi berita kematian datang menyergah telinga ini..dan kematian itu bukan sahaja datang kepada insan tua tetapi juga pada insan2 semuda ira...
ternyata kematian itu tak mengenal belas kasihan dan usia.. ira takut...
bila perkataan ''mati'' disebut,ira pasti teringat arwah ayah... rasa terlalu cepat untuk ayah pergi.. ira belum beri ayah apa2 lagi tapi ayah dah pergi..
maafkan ira,ayah..sebab ira tak mampu lihat perubahan ayah sebelum ayah pergi..tapi kak anje nampak.. lepas ayah pergi,kak anje banyak cerita kat ira yang dia nampak perubahan dari segi fizikal dan sikap ayah..
dulu,ayah tak suka membazir..tapi raya tu,ayah banyak minta mak belikan perhiasan untuk rumah...ira tak perasan tu semua,ayah...maafkan ira...
kata kak anje,hidung ayah mula jatuh,tangan ayah yang kuat pula terasa lembik bila dipegang..
suatu hari,ayah balik dari kerja..selalunya adik kecil sebelah rumah akan sambut ayah balik...ayah yang penat masih rajin melayan dia..ayah memang baik..
tapi..beberapa hari sebelum ayah pergi,mak ada tegur kenapa adik kecil tu tak nak main2 dengan ayah lagi..adik kecil tu lebih banyak merajuk dengan ayah..
ira tak perasan tu semua,ayah..maafkan ira...
6 hari lagi ira nak exam pmr...sanggup ayah tinggalkan ira waktu ira perlukan sokongan ayah...
esok birthday ira..sanggup ayah biarkan air mata ira jatuh pada hari lahir ira...
2.10.2009... ayah pergi selamanya...tak sempat ira nak dengar ayah ucap ''selamat hari lahir,sayang'' ... tak lama lagi pun,ayah..ayah kene tunggu lagi beberapa jam je lagi... 3.10.2009,ira dapat ucapan hari lahir daripada kawan2...tapi ayah???
7.10.2009,ira dah start exam..selalunya,tiap2 pagi ayah ada untuk hantarkan makanan kat ira..ayah ada untuk pesan kat ira..''belajar rajin2 ye,sayang''.....
ayah usap kepala ira..ayah cium ira...ayah nak sangat ira jadi doktor...
2.10.2009(jumaat),malam tu ayah pergi ke s.m.a. al-ehya al-karim untuk solat hajat sempena peperiksaan spm yang tak lama lagi.. kak su akan menduduki peperiksaan besar tak lama lagi...mak pula terpaksa pergi ke jamuan sekolahnya...
ira pula ambil keputusan untuk duduk di rumah.. ira seorang diri di rumah membaca buku sebagai persediaan sebelum peperiksaan minggu depan... kakak ira yang lain,masing2 duduk asrama dan dah berkahwin..jadi,hanya ira,mak dan ayah tinggal bersama...
pada pukul 10 malam,mak belum balik..begitu juga dengan ayah..tiba2,mak saudara ira datang ketuk2 pintu...kelihatan gelisah sangat..ira mula risau tetapi tak ada pula terlintas di hati dan fikiran ni yang ira bakal kehilangan ayah...
sewaktu dalam perjalanan pergi ke hospital,ira ternampak orang ramai berkumpul di tepi jalan..ira mula menangis...ira mula faham..ye,kemalangan tu berlaku dekat je dengan rumah..ira nampak kereta ayah remuk.. dalam keadaan malam yang gelap tu,ira tak dapat cari ayah..tiba2,ada mak cik peluk ira kuat2...katanya ''sabar2''..ira tanya,''kenapa!!? mana ayah..mana kak su??''
mak cik tu still peluk ira kuat2..''ayah kau dah tak ada,nak''
ira terus masuk kereta,nak pergi hospital..dalam hati,ira kata..''ayah ada kat hospital,mak cik tu salah''
sampai di hospital,mak dah duduk atas kerusi roda..ira tau mak sayang sangat dengan ayah..mak sampai tak mampu berdiri lepas dapat berita kematian ayah..tak berapa lama lepas tu,ira nampak kak su kene masuk dalam ambulans..kak su terbaring tak sedarkan diri..muka kak su penuh darah..muka dia terkoyak dibahagian mata,hidung,mulut...kak long ikut hantar kak su pergi ke hospital lebih besar (hospital melaka)..
ramai yang tak percaya yang terlantar itu adalah kak su..kak su cantik..ira mengaku,kak su sangat cantik..tapi akibat kemalangan tu,muka kak su berjahit sana sini..ira sedih sangat bila mak cakap yang kak su menangis jerit ''mak!!'' sebab tak tahan sakit kene jahit tanpa ubat bius... mesti sakitkan kak su.. kesian kak su...
walaupun ujian tu terlalu besar buat ira dan keluarga tapi kami mampu harunginya sebab Allah tak kan uji hamba2-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tak mampu.. kak su makin sembuh..dia sangat kuat..sangat2 kuat...ira dapat 8A dalam pmr..kak su lanjutkan pelajaran di maktab perguruan islam,bangi,lepas spm...
mak kuat sangat...mak mampu membesarkan 5 orang anak perempuannya seorang diri...tiap2 hari kami ziarah ayah di kubur...tapi mak tak ikut..''biar mak doakan ayah dari rumah je''...ira tau mak tak sanggup tengok kubur ayah...kalau mak tengok mesti mak tak henti2 menangis...kasih seorang isteri....
pesan ayah,jangan tinggal solat,jangan kecilkan hati mak..
ira ingat semua tu,,,
ayah nak tengok sangat ira dapat 8A..tapi tak sempat..
ayah nak tengok sangat ira jadi doktor..insya-Allah,ayah...
kita jumpa kat sana ye,ayah...SYURGA...
kat sana nanti,takda lagi perpisahan...
sungguh ira tak perasan..maafkan ira...
dari lubuk hati~iramariana DNAS
ternyata kematian itu tak mengenal belas kasihan dan usia.. ira takut...
bila perkataan ''mati'' disebut,ira pasti teringat arwah ayah... rasa terlalu cepat untuk ayah pergi.. ira belum beri ayah apa2 lagi tapi ayah dah pergi..
maafkan ira,ayah..sebab ira tak mampu lihat perubahan ayah sebelum ayah pergi..tapi kak anje nampak.. lepas ayah pergi,kak anje banyak cerita kat ira yang dia nampak perubahan dari segi fizikal dan sikap ayah..
dulu,ayah tak suka membazir..tapi raya tu,ayah banyak minta mak belikan perhiasan untuk rumah...ira tak perasan tu semua,ayah...maafkan ira...
kata kak anje,hidung ayah mula jatuh,tangan ayah yang kuat pula terasa lembik bila dipegang..
suatu hari,ayah balik dari kerja..selalunya adik kecil sebelah rumah akan sambut ayah balik...ayah yang penat masih rajin melayan dia..ayah memang baik..
tapi..beberapa hari sebelum ayah pergi,mak ada tegur kenapa adik kecil tu tak nak main2 dengan ayah lagi..adik kecil tu lebih banyak merajuk dengan ayah..
ira tak perasan tu semua,ayah..maafkan ira...
6 hari lagi ira nak exam pmr...sanggup ayah tinggalkan ira waktu ira perlukan sokongan ayah...
esok birthday ira..sanggup ayah biarkan air mata ira jatuh pada hari lahir ira...
2.10.2009... ayah pergi selamanya...tak sempat ira nak dengar ayah ucap ''selamat hari lahir,sayang'' ... tak lama lagi pun,ayah..ayah kene tunggu lagi beberapa jam je lagi... 3.10.2009,ira dapat ucapan hari lahir daripada kawan2...tapi ayah???
7.10.2009,ira dah start exam..selalunya,tiap2 pagi ayah ada untuk hantarkan makanan kat ira..ayah ada untuk pesan kat ira..''belajar rajin2 ye,sayang''.....
ayah usap kepala ira..ayah cium ira...ayah nak sangat ira jadi doktor...
2.10.2009(jumaat),malam tu ayah pergi ke s.m.a. al-ehya al-karim untuk solat hajat sempena peperiksaan spm yang tak lama lagi.. kak su akan menduduki peperiksaan besar tak lama lagi...mak pula terpaksa pergi ke jamuan sekolahnya...
ira pula ambil keputusan untuk duduk di rumah.. ira seorang diri di rumah membaca buku sebagai persediaan sebelum peperiksaan minggu depan... kakak ira yang lain,masing2 duduk asrama dan dah berkahwin..jadi,hanya ira,mak dan ayah tinggal bersama...
pada pukul 10 malam,mak belum balik..begitu juga dengan ayah..tiba2,mak saudara ira datang ketuk2 pintu...kelihatan gelisah sangat..ira mula risau tetapi tak ada pula terlintas di hati dan fikiran ni yang ira bakal kehilangan ayah...
sewaktu dalam perjalanan pergi ke hospital,ira ternampak orang ramai berkumpul di tepi jalan..ira mula menangis...ira mula faham..ye,kemalangan tu berlaku dekat je dengan rumah..ira nampak kereta ayah remuk.. dalam keadaan malam yang gelap tu,ira tak dapat cari ayah..tiba2,ada mak cik peluk ira kuat2...katanya ''sabar2''..ira tanya,''kenapa!!? mana ayah..mana kak su??''
mak cik tu still peluk ira kuat2..''ayah kau dah tak ada,nak''
ira terus masuk kereta,nak pergi hospital..dalam hati,ira kata..''ayah ada kat hospital,mak cik tu salah''
sampai di hospital,mak dah duduk atas kerusi roda..ira tau mak sayang sangat dengan ayah..mak sampai tak mampu berdiri lepas dapat berita kematian ayah..tak berapa lama lepas tu,ira nampak kak su kene masuk dalam ambulans..kak su terbaring tak sedarkan diri..muka kak su penuh darah..muka dia terkoyak dibahagian mata,hidung,mulut...kak long ikut hantar kak su pergi ke hospital lebih besar (hospital melaka)..
ramai yang tak percaya yang terlantar itu adalah kak su..kak su cantik..ira mengaku,kak su sangat cantik..tapi akibat kemalangan tu,muka kak su berjahit sana sini..ira sedih sangat bila mak cakap yang kak su menangis jerit ''mak!!'' sebab tak tahan sakit kene jahit tanpa ubat bius... mesti sakitkan kak su.. kesian kak su...
walaupun ujian tu terlalu besar buat ira dan keluarga tapi kami mampu harunginya sebab Allah tak kan uji hamba2-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tak mampu.. kak su makin sembuh..dia sangat kuat..sangat2 kuat...ira dapat 8A dalam pmr..kak su lanjutkan pelajaran di maktab perguruan islam,bangi,lepas spm...
mak kuat sangat...mak mampu membesarkan 5 orang anak perempuannya seorang diri...tiap2 hari kami ziarah ayah di kubur...tapi mak tak ikut..''biar mak doakan ayah dari rumah je''...ira tau mak tak sanggup tengok kubur ayah...kalau mak tengok mesti mak tak henti2 menangis...kasih seorang isteri....
pesan ayah,jangan tinggal solat,jangan kecilkan hati mak..
ira ingat semua tu,,,
ayah nak tengok sangat ira dapat 8A..tapi tak sempat..
ayah nak tengok sangat ira jadi doktor..insya-Allah,ayah...
kita jumpa kat sana ye,ayah...SYURGA...
kat sana nanti,takda lagi perpisahan...
sungguh ira tak perasan..maafkan ira...
dari lubuk hati~iramariana DNAS
Wednesday, 20 March 2013
bantu aku~~
Wahai sahabat-sahabatku...aku rindukan layanan istimewamu..
dulu aku dipersenda
dan aku terima seadanya
dulu aku dipersenda
dan aku terima seadanya
Kini lidahku tak terjaga
Kini tingkahku tak semena
hanya ingin merasa diri ini berharga
hanya ingin merasa diri ini berharga
Andai lidahku berdosa
Andai tingkahku berdosa
Hanya maaf yang ku pinta
Aku Cuma ingin kau,kau dan kau membantuku
Membantu aku agar suatu hari nanti aku bisa menjaga diri aku
Menjaga diri aku tanpa bantuanmu,tanpa pemerhatianmu
Kerana kita pasti berpisah
Pasti....
Kerap kali orang memandang aku tanpa perasaan
Kerap kali orang menganggap aku tanpa maruah
Aku punya hati
Aku punya perasaan
Yang ingin dijaga
Yang ingin dibelai sekali sekala
aku tidak pernah mengangankan menjadi tunggul yg tiada perasaan
pandanglah aku seperti memandang dirimu
tolong~~~
jaga hati aku
dan aku akan jaga hatimu..
aku tidak pernah mengangankan menjadi tunggul yg tiada perasaan
pandanglah aku seperti memandang dirimu
tolong~~~
jaga hati aku
dan aku akan jaga hatimu..
Bukan takut yang aku harapkan dari kalian
Bukan juga hormat yang aku cari dari kalian
Aku Cuma ingin kau,kau dan kau membantuku
Membantu aku agar suatu hari nanti aku tidak menjadi seperti boneka
Boneka yang dijadikan korban dalam setiap permainan
Boneka yang hanya diperlukan pada waktu tertentu
Boneka yang disayangi dikala mereka kesunyian
Aku sedar aku bodoh
Bodoh kerana memberontak ketika hati ini disakiti
Aku mohon maaf
Anggap sahaja aku sebagai insan kecil yang inginkan kasih sayang dan perhatian kalian
Bukan penindasan
Maafkan aku
Sesungguhnya aku takut disaat kita berpisah
Mungkin lebih takut apabila aku terpaksa berpisah dari dunia ini
Maafkan aku
Sesungguhnya maaf itu yang mampu membantu aku apabila berhadapan dengan penciptaku dan pencipta kalian
Sahabat...
Bantu aku~~~
nukilan~iramariana yang berdosa
nukilan~iramariana yang berdosa
Subscribe to:
Posts (Atom)



