Tuesday, 5 November 2013

Lillahi ta'ala

Syurga....

siapa yang tak nak kan..dan Allah telah menjanjikan syurga kepada hamba2-Nya selagi mereka (kita) tidak berpaling daripada-Nya...

syurga tu adalAh satu2 nya impian kita di akhirat kelak kan...tapi kat dunia ni,kita ada bermacam2 impian dan harapan..

at the same time,,are we realize or not yang kita sentiasa mengharap tanpa berusaha..agak2 kalau kita ada pekerja yang malas bekerja,nak ke kita bayar gaji?? Memang tak lah kan...

Kerana itu perlu ada pengorbanan.. berat tetapi jika niat kita ikhlas kerana Allah s.w.t..maka Allah akan datang dengan pertolongan-Nya.. 
seperti biasa,ira ada satu cerita..dimana wujudnya seorang lelaki yang amat soleh..

Pada suatu hari,lelaki tersebut terdengar berita tentang pemujaan dan penyembahan sebuah pokok oleh penduduk kampungnnya..dengan niat amar maaruf nahi mungkar,dia mengambil kapak dan bergegas ke arah pokok tersebut untuk menebangnya.. dalam perjalanan ke arah pokok tersebut...jeng jeng jeng.... datang seekor syaitan yang menyerupai manusia.. lalu mereka berdua bertarung dan berlawan..dan akhirnya lelaki soleh itu berjaya menewaskan syaitan tersebut...

Namun begitu,syaitan yang amat licik itu tidak berputus asa untuk menyesatkan anak adam... dia kemudiannya menawarkan dinar emas jika lelaki soleh itu tidak meneruskan niat untuk menebang pokok tersebut...

Cer teka ap jadi...heee....

Lelaki soleh tersebut termakan hasutan syaitan itu..esoknya lelaki soleh itu berasa terkejut apabila dia mendapati terdapat sekeping dinar emas di bawah bantalnya setiap pagi...kejadian tersebut berlanjutan selama 3 hari berturut2..tetapi...pada hari ke-4,syaitan tersebut memungkiri janjinya...

Dengan rasa marah,lelaki soleh itu bergegas ke tempat pemujaan untuk meneruskan niatnya yang dulu..dalam perjalanan,sekali lagi syaitan muncul dan berlawan dengan dia..tetapi kali ini lelaki soleh tersebut tewas.. apabila ditanya,syaitan itu berkata, lelaki itu tewas kerana niatnya sudah tidak ikhlas kerana Allah...

Konklusinya...tidak kira ap pun yang kita buat,perlu niat kerana Allah kerana dengan niat itu lah,kita umat Islam menjadi kuat...kerana niat itulah,Allah akan membantu hamba2-Nya..insya Allah...

*ibarat seringgit yang diderma ikhlas kerana Allah dan seribu ringgit yang diderma dgn riak... seribu itu hilang dengan sia2,my dears....* :D

by-irama DNAS

No comments:

Post a Comment