Friday, 8 November 2013

yuk...solat..

Assalamualaikum semua.. *buat muka comel*...

Entry kali ni,ira just nak share something that almost people did'nt know.. and someone had asked me.. ''ira,tau tak bacaan waktu beri salam dalam solat?''...emmm something like that lah..memang tak lah nak hafal sebiji2 ayat nye kan...ha3..

Sebelum ira jawab,ira nak kongsi sesuatu dengan sahabat2 yg ira sayang ni..hu3.. kongsi ap ek? yg penting,bukan kongsi coki2.. nak tau kongsi ap,kene lah baca... lala~~


‘’sesungguhnya Rasulullah saw memberi salam ke kanannya,dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya dan ke kirinya dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya’’

(HR Abu Daud,at-Tarmizi,an-Nasaai dan Ibn Majah ‘Ammar bin Yasir dan Mishkat)

''kak ira ! kak ira !.. hukumnya macam mana pulak?'' 

ehem...*betulkan tudung*

Hukum berpusing muka ketika memberi salam adalah sunat,tak kira mazhab apa pun,ye adik2...tetapi..pusingan tu mestilah sehingga nampak pipi kanan dan pipi kiri org yang di sebelahnya...
  •    Dalam Mazhab Hanafi,memberi salam ketika hendak berhenti dari solat adalah wajib sahaja dan yang fardhu atau rukun ialah kemahuan sendiri atau kehendak orang yang solat hendak keluar dari solatnya itu.

Contoh

Apabila seseorang sudah cukup baca yang fardhu dalam solatnya,dia boleh berhenti dari solatnya dengan apa cara sekalipun,selain mengucapkan salam jika itu cara yang dikehendakinya. Solatnya sempurna TETAPI dia berdosa kerana tidak mengucapkan salam yang wajib itu.

Jika telah mengucapkan salam ke kanan,dia tidak boleh keluar solat tanpa mengucapkan salam ke kiri kerana solatnya belum tamat.. Ini kerana,dalam Mazhab Hanafi dan Hanbali kedua-dua salam adalah wajib.

  •   Dalam Mazhab Maliki,Syafi’i dan Hanbali, mengucapkan salam adalah rukun. Ucapan salam sekali ke kanan bagi Mazhab Maliki dan Syafi’i telah membuatkan orang yang solat itu terkeluar dari solatnya,kerana salam yang kedua iaitu ke kiri hanya sunat sahaja.

  • Mazhab Hanbali pula,seseorang itu dikatakan keluar dari solat hanya apabila mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri. (means kedua2 nya kene buat)

  •  Yang membezakan antara ketiga2 Mazhab ini dan Mazhab Hanafi adalah... dalam ketiga2 Mazhab ini,solat akan terbatal jika tidak mengucapkan salam walaupun wujud kemahuan sendiri..

*take note this info...lafaz salam yang dibaca di dalam hati atau dilafazkan dengan makhraj dan huruf yang salah boleh membatalkan solat...adik2,kakak2,abe2 dan sahabat2 sekalian... ''amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat,jika solatnya rosak,maka amal lainnya pun akan rosak'' (HR Thobrani)

Wallahu a’lam... :D 

ini bacaan ketika memberi salam...

memberi salam ke kanan




memberi salam ke kiri

*moga bermanfaat ye* :D

No comments:

Post a Comment