Pernah suatu masa dulu,Rabiatul al-Adawiyah sering dikunjungi
oleh masyarakat arab dan rumahnya sebagai pusat pengumpulan bagi majlis-majlis
ilmu ...
Ahli-ahli sufi yang pernah
menjadi guru Rabiah juga kerap turut serta dalam majlis ilmu yang diketuai oleh
Rabiah,oleh kerana makam Rabiah yang menjadi lebih tinggi berbanding
mereka.. Ilmunya dan ibadahnya cukup
membuktikan iman dan cintanya hanya untuk Kekasihnya yang satu,Allah s.w.t...
Suatu hari,Rabiah didatangi oleh sekumpulan masyarakat.. sedang
asyik berbincang hal ibadah,Rabiah mengajukan soalan yang berbunyi, ‘’Apakah
sebabnya kalian menyembah Allah? ‘’.
Salah seorang pemuda daripada kumpulan itu menjawab,’’ Tentu
saja kerana aku takut akan azab Allah di neraka bagi orang-orang tidak
menyembah dan melakukan larangan Allah s.w.t.. ‘’
Setelah tiada tindak balas daripada Rabiah,pemuda yang lain pula
bersuara,’’ Sudah tentu kerana aku inginkan ganjaran syurga yang dijanjikan
Allah kepada hambaNya yang taat. ‘’
Setelah mendengar jawapan kedua-dua pemuda itu,Rabiah memandang
kedua-dua pemuda itu lalu berkata,’’ Jadi,jika ditakdirkan tiada azab di neraka
dan tiada ganjaran syurga,adakah kalian akan tetap menyembah Allah? ‘’
Keadaan menjadi senyap kemudian salah seorang daripada mereka
memberanikan diri untuk bertanya,’’ Lalu apakah yang membuatkan kau menyembah
Kekasihmu sehingga imanmu sebegitu tinggi dan kuat? ‘’
Dengan rasa rendah diri,Rabiah menjawab.’’ Sesungguhnya aku
hanya mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t. ‘’
Last but not least,jangan hanya mengharapkan redha Allah jika
diri ini belum cuba mencarinya..
*di akhirat kelak,seramai 70 000 orang Islam akan mendapat
syafaat daripada srikandi Rabiatul Al-Adawiyah*
By : irama DNAS...
No comments:
Post a Comment