Sunday, 26 May 2013

Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz...



Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz..
 Ira Islam tapi belum tentu ira islam..

Macam mana tu ek?? Copp!! Copp!! Any differences between Hafiz and hafiz ??  then,apa pula beza antara Islam dan islam?

Ok...For example,ada sorang mamat ni,orang panggil dia Hafiz dan nama dia ditulis dengan huruf besar sebab Hafiz tu kata nama Am..(amboi,kembali ke sekolah nampak..ha3)

 Tapi bila orang panggil dia hafiz iaitu perkataan yang ditulis dengan huruf kecil,maknanya dia adalah orang yang menghafal al-Quran,kata kerja ...
faham tak faham tak?? :D

Hah! Sama lah bila ira katakan yang ira Islam tapi belum tentu ira islam.. Islam yang ‘I’ besar tu,hanya pada nama. Kita orang Islam. Ya betul tapi belum tentu kita ni seorang islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Kiranya adik-adik (hu3), ‘I’ besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan ‘i’ kecil orang yang betul-betul cuba menghayati cara hidup Islam...

Janganlah kita ni sekadar menjadi Islam tanpa islam.. Islam yang sekadar atas nama (ehem macam atas nama cinta pula,ha3)... yela,sekarang ni ramai yang boleh buktikan kat orang yang dia Islam tapi kita selalu lupa cara macam mana nak buktikan kat Allah nanti...

Islam kat i.c boleh kita nampak tapi islam dalam hati,Allah je yang tahu.. kadang-kadang kita lalai untuk selalu tanya pada diri kita, ‘‘Adakah aku sebagai seorang Islam telah membuktikan keislaman aku ni?  Apakah yang akan aku hidangkan apabila Islamku Kau minta...?

And selalu-selalukan lah diri ni untuk berdoa... Ya Allah,lindungilah aku daripada menjadi hamba Mu yang leka... ingatkan aku jika lupa dan betulkan aku jika salah Ya Rabb..’’
Allah Maha Mendengar,Maha Penyayang.. Allah juga pernah bersabda yang bermaksud,‘‘ pada hari kiamat,jika di tangan kamu masih ada biji benih maka tanam lah’’..jadi takda maknanya ‘terlambat’’....

Sekarang dah jelas yang Allah terima taubat setiap hambaNya selagi hambaNya tak menyekutukan Allah... nak bukti tak yang menunjukkan betapa pemurahnya Allah dan betapa kedekutnya kita ni..?

Ok.. first step,kita kene berlagak jadi bos sekejap k..he3..

Bila kita jadi bos,nak ke kita terima balik pekerja yang selalu ulang kesalahan dia even dia dah minta maaf.. tak kan? Kononnya,’’kalau dulu korang boleh buat,tentu korang boleh buat nanti..then,ada yang kata..sekali kau bohong,sampai bila-bila orang tak percaya...’’

Next,langkah ke-2...imbas balik kata-kata ustaz or ustazah ke..
Tak pun cuba ingat balik,kalau-kalau kita ada terbaca yang pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin bertaubat..Allah tak pernah tolak taubat hambaNya even kita selalu ulang dosa kita kan...

Masya-Allah!!! Betapa murahnya kemaafan Allah berbanding kita yang kedekut dengan manusia yang lain.. padahal nikmat yang kita ada ni pun sekadar pinjaman semata-mata.. tak sedar diri ke kita ni??

* manusia pula sekarang sibuk memurahkan diri..haish! *

So,back to the main topic.. jangan jadi Islam tanpa menjadi islam..

Bila jadi orang Islam,cara nak mantapkan iman...first dengan qalbi..second qauli (lidah) and the last thing is fik’li (anggota)...
 percaya dengan hati,akui dengan lidah dan buktikan dengan perbuatan.. bukan setakat mengaku Islam,dah cukup...kalau solat dengan hati pun dah dikatakan selemah-lemah iman,inikan pula Islam yang berlandaskan hati je.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...  :D

sekian,tq..ha3..

by irama DNAS

No comments:

Post a Comment