"Kak , saya ada suka someone." Bicaraku perlahan.
Segan.
Akak memandangku. Tepat pada mataku. Bibirnya mengoyak senyum.
"Dah besar adik aku ni. Dah pandai lawan tuhan.”
Argh. Pedih. Aku diam. Pedih.
"Aku tahu,kau nak cakap tu fitrah kan? Ada perasaan kasih
sayang semua bagai tu kan? Tapi kau tahu tak, yang kau duk cinta tu adalah
perkara haram? Kau tahu tak?”
Suara Kakak sedikit keras.
Aku mengangguk perlahan. Aku tahu,aku tak patut jadi lembik.
Macam kain buruk. Tapi, aku manusia biasa. Ada ketika, hati aku koyak luka. Ada
kala,hati aku mudah jatuh pada dunia.
"Aku nak kau tahu satu perkara. Kalau kau sayang tuhan,kau
nak syurga, akhirat nanti kau nak tengok Dia, lawan perasaan kau tu. Fitrah
takkan datang dalam keadaan jijik macam tu. Fitrah tu suci. Dan kembali kepada
fitrah kau, cintakan perkara suci. Dan yang benar suci, cuma Allah.”
Aku diam. Ku ramas jari jemariku sendiri. Pedih. Makan dalam.
"Ingat, kalau kau betul betul nak jumpa Dia nanti, lawan
perasaan kau tu. Lawan nafsu jahat dalam hati kau. Aku tak nak paksa,tapi aku
sayang kau. Jangan kau nak hidup lalai, ibadah terabai, tali kau dengan tuhan
terburai. Ingat, benda tak pasti jangan terhegeh kau nak kejar. Rugi.”
Dan dalam diam, aku belajar melupa. Apa yang belum pasti, tak
usah bersungguh kita kejari. Takut takut, kita yang rugi. Ada sebab, kenapa
Allah uji hati kita begini. Sebab?
Sebab dulu, kita pernah minta syurga. Dan tak mudah untuk
kesana,tanpa mehnah dan ujian. Ini baru tingkat pertama, Moga kita terus kuat,
untuk seterusnya.
Hati, sila buang dunia darimu. Masukkan ruh tuhan dalam jasadmu.
Kelak, kau akan temui apa erti cinta hakiki. Dan apa maknanya cinta suci.
Kelak, kau mengerti.
No comments:
Post a Comment