Friday, 22 March 2013

ira tak perasan..maafkan ira...

kematian itu sangat hampir... hampir sangat sampai kadangkala kita tak mampu lihat tandanya... lepas satu berita kematian,satu lagi berita kematian datang menyergah telinga ini..dan kematian itu bukan sahaja datang kepada insan tua tetapi juga pada insan2 semuda ira...

ternyata kematian itu tak mengenal belas kasihan dan usia.. ira takut...
bila perkataan ''mati'' disebut,ira pasti teringat arwah ayah... rasa terlalu cepat untuk ayah pergi.. ira belum beri ayah apa2 lagi tapi ayah dah pergi..

maafkan ira,ayah..sebab ira tak mampu lihat perubahan ayah sebelum ayah pergi..tapi kak anje nampak.. lepas ayah pergi,kak anje banyak cerita kat ira yang dia nampak perubahan dari segi fizikal dan sikap ayah..
dulu,ayah tak suka membazir..tapi raya tu,ayah banyak minta mak belikan perhiasan untuk rumah...ira tak perasan tu semua,ayah...maafkan ira...

kata kak anje,hidung ayah mula jatuh,tangan ayah yang kuat pula terasa lembik bila dipegang.. 
suatu hari,ayah balik dari kerja..selalunya adik kecil sebelah rumah akan sambut ayah balik...ayah yang penat  masih rajin melayan dia..ayah memang baik..
tapi..beberapa hari sebelum ayah pergi,mak ada tegur kenapa adik kecil tu tak nak main2 dengan ayah lagi..adik kecil tu lebih banyak merajuk dengan ayah..
ira tak perasan tu semua,ayah..maafkan ira...

6 hari lagi ira nak exam pmr...sanggup ayah tinggalkan ira waktu ira perlukan sokongan ayah...
esok birthday ira..sanggup ayah biarkan air mata ira jatuh pada hari lahir ira...

2.10.2009... ayah pergi selamanya...tak sempat ira nak dengar ayah ucap ''selamat hari lahir,sayang'' ... tak lama lagi pun,ayah..ayah kene tunggu lagi beberapa jam je lagi... 3.10.2009,ira dapat ucapan hari lahir daripada kawan2...tapi ayah???

7.10.2009,ira dah start exam..selalunya,tiap2 pagi ayah ada untuk hantarkan makanan kat ira..ayah ada untuk pesan kat ira..''belajar rajin2 ye,sayang''.....
ayah usap kepala ira..ayah cium ira...ayah nak sangat ira jadi doktor...

2.10.2009(jumaat),malam tu ayah pergi ke s.m.a. al-ehya al-karim untuk solat hajat sempena peperiksaan spm yang tak lama lagi.. kak su akan menduduki peperiksaan besar tak lama lagi...mak pula terpaksa pergi ke jamuan sekolahnya...
ira pula ambil keputusan untuk duduk di rumah.. ira seorang diri di rumah membaca buku sebagai persediaan sebelum peperiksaan minggu depan... kakak ira yang lain,masing2 duduk asrama dan dah berkahwin..jadi,hanya ira,mak dan ayah tinggal bersama...
pada pukul 10 malam,mak belum balik..begitu juga dengan ayah..tiba2,mak saudara ira datang ketuk2 pintu...kelihatan gelisah sangat..ira mula risau tetapi tak ada pula terlintas di hati dan fikiran ni yang ira bakal kehilangan ayah...

sewaktu dalam perjalanan pergi ke hospital,ira ternampak orang ramai berkumpul di tepi jalan..ira mula menangis...ira mula faham..ye,kemalangan tu berlaku dekat je dengan rumah..ira nampak kereta ayah remuk.. dalam keadaan malam yang gelap tu,ira tak dapat cari ayah..tiba2,ada mak cik peluk ira kuat2...katanya ''sabar2''..ira tanya,''kenapa!!? mana ayah..mana kak su??''
mak cik tu still peluk ira kuat2..''ayah kau dah tak ada,nak''
ira terus masuk kereta,nak pergi hospital..dalam hati,ira kata..''ayah ada kat hospital,mak cik tu salah''
sampai di hospital,mak dah duduk atas kerusi roda..ira tau mak sayang sangat dengan ayah..mak sampai tak mampu berdiri lepas dapat berita kematian ayah..tak berapa lama lepas tu,ira nampak kak su kene masuk dalam ambulans..kak su terbaring tak sedarkan diri..muka kak su penuh darah..muka dia terkoyak dibahagian mata,hidung,mulut...kak long ikut hantar kak su pergi ke hospital lebih besar (hospital melaka)..

ramai yang tak percaya yang terlantar itu adalah kak su..kak su cantik..ira mengaku,kak su sangat cantik..tapi akibat kemalangan tu,muka kak su berjahit sana sini..ira sedih sangat bila mak cakap yang kak su menangis jerit ''mak!!'' sebab tak tahan sakit kene jahit tanpa ubat bius... mesti sakitkan kak su.. kesian kak su...

walaupun ujian tu terlalu besar buat ira dan keluarga tapi kami mampu harunginya sebab Allah tak kan uji hamba2-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tak mampu.. kak su makin sembuh..dia sangat kuat..sangat2 kuat...ira dapat 8A dalam pmr..kak su lanjutkan pelajaran di maktab perguruan islam,bangi,lepas spm...

mak kuat sangat...mak mampu membesarkan 5 orang anak perempuannya seorang diri...tiap2 hari kami ziarah ayah di kubur...tapi mak tak ikut..''biar mak doakan ayah dari rumah je''...ira tau mak tak sanggup tengok kubur ayah...kalau mak tengok mesti mak tak henti2 menangis...kasih seorang isteri....

pesan ayah,jangan tinggal solat,jangan kecilkan hati mak..
ira ingat semua tu,,,

ayah nak tengok sangat ira dapat 8A..tapi tak sempat..
ayah nak tengok sangat ira jadi doktor..insya-Allah,ayah...
kita jumpa kat sana ye,ayah...SYURGA...
kat sana nanti,takda lagi perpisahan...

sungguh ira tak perasan..maafkan ira...

dari lubuk hati~iramariana DNAS




6 comments:

  1. takziah atas kehilangan.. jadi anak yg solehah supaya doa kamu smpai ke ayah.. *sebak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak fit.insya-Allah...syg kak fit...

      Delete
  2. masyaAllah..beruntungla ibu dan arwah ayah kamu punya anak yg solehah..semoge menjadi doktor muslimah yg limited edition..insyaAllah~
    semoga ibu kamu sentiasa sihat dalam redhaNya~:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah... aaminnn.... thanks so much for the du'a... :D

      Delete
  3. teruskan mujahadah. xda perkara yang x mendukakkn. cuma bagaimna kita mengambil hikmahnya yang bakal membezakan kita dengan orang lain. u can do it bebeh. <3 u.
    btw, nice song.touching kot.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak wahidah... tak semuanya manis dan tak semuanya pahit.. ujian pun ada pelbagai rasa kan..
      luv u more,kak.. :D
      dari akak juga lagu ni...

      Delete