Monday, 25 March 2013

jauhi aku,dekati waliku...


Sahabat yang baik ialah sahabat yang membantu kita menjaga hati... menjaga hati??

Ok...salah ke jika hati ini nak rasakan cinta?? Tak salah tetapi bukan ke lebih baik kalau kita simpan rahsia hati tu...
Ira ada terbaca sebuah buku..dalam tu banyak memberi ira panduan untuk menjaga hati daripada menyalahgunakan kurniaan Allah iaitu CINTA...
Kalau kita dengar perkataan cinta..pasti ada yang teringat-ingat si dia kan?? Ha3,tak salah asalkan tak melalaikan kita daripada mengingati Allah s.w.t..
Sebagai permulaan pembelajaran kita kali ni,ira nak ceritakan sebuah cerita..kisah benar ni tau...

Kisah ni menceritakan tentang seorang muslimah yang sangat2 menjaga hatinya.. tak dinafikan kecantikan,kelembutan dan keayuan dia mampu mengalahkan semua muslimah yang lain..dan itu yang menyebabkan para muslimin berebut-rebut untuk mendapatkan dia..dan kerana itulah bermulanya praktikal subjek penjagaan hati yang dia pelajari daripada kakaknya...
Nak dipendekkan cerita dia pernah menerima surat layang daripada seorang muslimin... muslimin ini bukan calang2 lelaki..means muslimin ini boleh dikatakan sekufu dengan dia kerana muslimin ni juga seorang pendakwah yang aktif di sekolah mereka.. namun ada prinsip yang perlu dipraktikkan oleh dia...

JAUHI AKU,DEKATI WALIKU

Itulah prinsipnya dan dia mengamalkan prinsip tersebut dengan jayanya..ha3...katanya,kalau seorang lelaki itu boleh mesej kita sebelum berkahwin,tak mustahil juga dia boleh mesej perempuan lain setelah berkahwin.. betullah tu..

Lepas satu,satu pinangan dia tolak hanya desebabkan satu mesej... ustaz pun dia pernah tolak... tiba2 murabbi dia hantar satu e-mail yg berisi biodata seorang muslimin yang sejati...aiwahh...

Muslimin ni turut berpegang pada cara seperti dia... lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik dan lelaki yang jahat diciptakan untuk wanita yang jahat... dan kalau nak tu,muslimin yang dikenalkan oleh murabbi dia terus bertaaruf dengan familynya..itu lah yang membuat hatinya terbuka untuk menerima muslimin tersebut..

Even setahun lebih mereka bertunang,tak ada satu pun kata2 yang lagha dibualkan oleh mereka berdua.. perbualan mereka pun ditapis oleh org yang boleh dipercayai sebelum sampai ke telefon masing2.. sweet kan bila bercinta selepas nikah nanti... hu3...

HAAAA...akhir2 ni ira selalu diajukan soalan..’’ira suka siapa?? Siapa org yg ira maksudkan dlam blog tu??’’
Oookkkk disini ira nak buat pengakuan..ira gurau je..ha3.. tak sangka ada yang ambil serius.. ira tak nak bercinta lagi.. ira belum bersedia untuk fikir sejauh tu..
And one more thing,I’M NOT SINGLE AND I HAVE A LONG DISTANCE LOVE BECAUSE MY IMAM LIVES IN THE FUTURE...  HA3 miss wahidah (kakak ira) suka sgt dengan ayat ni.. this is for u.. <3

sebenarnya tak susah pun untuk kita jaga hati ni..selalukan beristighfar tiap kali hati ni terdetik untuk memikirkan perkara2 yang lagha..sentiasa mengingati cinta Allah kepada kita..jangan biarkan hati kita dipenuhi dengan cinta manusia yang fana.. jika kita mencintai manusia,manusia itu akan mati dan cinta itu akan turut mati tetapi jika kita mencintai Allah,Allah tak akan mati maka cinta itu kekal buat selamanya... kesiankan kalau bakal suami atau isteri kita tau yang hati kita ni pernah diberi kepada orang lain dan mereka mendapat sisanya...hu3...

For conclusion,kita tak perlu cari cinta sebab bila kita mencintai Allah,Allah pasti akan temukan kita dengan orang yang mencintai Dia untuk mencintai kita... faham tak faham tak??? 

Next,memang kita tak ada kuasa untuk tukar siapa jodoh kita tapi kita mampu ubah sikap jodoh kita tu... contohnya,kita nak kan pasangan yang soleh dan solehah..jadi kita kene jadi yang soleh dan solehah juga ya sayang2 ku ~

Last but not least,cara yang paling berkesan bagi muslimah untuk memdapat jodoh adalah dengan berusaha menjadi solehah bukan berusaha menjadi muslimah yang memandang dan dipandang.. ok?? Sesungguhnya Allah akan pertemukan kita dengan jodoh kita apabila kita betul2 bersedia..

By~ iramariana DNAS :D

6 comments:

  1. captured !!.. saya xbersalah..hehe
    fitrah jangan sampai jadi fitnah..
    dush2.. #tumbuk n nasihat buat diri sendri#
    dah ad kumbangnya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. *angguk* betul tu miss wahidah..
      ha3..kumbang??.. mang bnyak.. tapi semua tak berani datang singgah kat tanaman ira...ada pagarnya..hu3

      Delete
    2. :'( gigit cari ar kalaw xberani..hehe
      ira x nak ikut jejak Khadijah,kesyangan Rasullullah?..
      -wahidah!! jgn doktrin ana orang lorh-

      Delete
    3. wowowo... MAU LAH.. tapi peribadi persis Rasullullah bukan senang nak cari,kak..
      *aiwah...ayat novel ni* hu3

      Delete
    4. kalaw gitu, kita bukak topik ni lepas awak habis pspm.. akak ad banyak tips2 yang 'berguna'.. (ceh,bajet ad pengalaman aku ni)

      Delete
    5. ALRIGHT!! *excited gituh* ha3

      Delete