Sunday, 31 March 2013

senyum walaupun pahit

masalah oh masalah... kenapa lah datang kat aku..kenapa lah aku yang terpaksa tanggung semua tu..kenapa itu..kenapa ini..
why should this questions come out from our mouth??

bukan ke lebih baik kalau kita anggap itu ujian..lebih molek ujian berbanding masalah.. kenapa ira cakap macam ni sebab masalah hanya diberi oleh manusia yang menyusahkan kita tetapi ujian adalah pemberian daripada Allah sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita...

just imagine,kehidupan di sekolah pun ada peperiksaan a.k.a UJIAN... apa tujuan ujian tu?? boleh ke kita tahu tahap ilmu kita?? no,right?.. thats it!!.. Allah bantu kita nilai diri ni dengan ujian yang diberi...

SENYUM WALAUPUN PAHIT... tak ada orang yang hidupnya manis sentiasa,sayangs...
ketentuan Allah tu ada pelbagai rasa.. kalau kita pergi kfc pun kita diuji..diuji macam mana..?

''adik,adik nak yang original atau spicy?''..kan slah satu soalan tu..ikut kefahaman,soalan boleh dianggap sebagai peperiksaan a.k.a UJIAN...kan...

jadi..sudah tentu Allah tentukan hidup kita ni pelbagai rasa,suasana dan warna..untuk apa?? supaya ada kenangan dan pelajaran untuk dikenang kelak.. senyum walaupun pahit...

this is the latest one..cerita asli punya...

anggaplah Irma sebagai watak utama perempuan...Redza watak utama lelaki..dan Aisyah sebagai watak tambahannya..(amboi! nama moden aja)..

cerita ni bermula apabila mereka bertiga melalui zaman pengajian mereka di sebuah universiti.. nak dipendekkan cerita,Irma ni suka sangat dengan Redza..sebab apa?? sebab Redza seorang lelaki yang sangat aktif dalam kerja2 dakwah ni.. siapa pun boleh suka pada dia.. cukup lah sekali je dengar tazkirah yang diberi Redza.. sekali je!..dh cukup tertarik.. bagi Irma,dia bukan lah sehensem aron aziz mahupun shah rukh khan..tetapi semangat dakwahnya sangat menarik hati..

Irma pula berjilbab biasa, bukanlah seorang gadis yang menjadi pencarian para soleh seperti Aisyah (kawan baik Irma).. dimana Aisyah sangat dikagumi oleh para siswa dan siswi di kampus nya oleh sebab kecantikan,kelembutan serta ilmu agama yang dimilikinya.. bukan jarang untuk Aisyah mendapat surat layang yang berhasrat mengenalinya lebih dekat.. habis semua ditolak..

dan tidak menghairankan jika Irma spill her feelings to Aisyah..nama pun bestfriends... tak lama kemudian,berlaku satu perkara yang menyebabkan Aisyah difitnah mempunyai hubungan dengan Redza.. dan alangkah leganya hati Irma apabila Aisyah menafikan cerita tersebut.. diri Irma amat yakin akan kata2 Aisyah tetapi bukan hatinya..dengan sengaja Irma membaca mesej Aisyah dan....

guess what?!...Aisyah selangkah kehadapan daripada Irma..nope!! bukan selangkah tetapi berlangkah2...
means...their conversations show that they had,have and having a GOOD relationship... oh no!!..apa teganya hati seorang kawan..
teka lah apa orang seperti Irma buat..? Irma tak punya ilmu agama sebanyak Aisyah yang bertudung labuh itu... Irma tak punya suara dan percakapan selunak dan selembut Aisyah,gadis buruan lelaki soleh.. JUST A GADIS BIASA... 

senyum walaupun pahit.. itu yang dibuat??YESS!! absolutely...
  katanya apa guna agama yang dia pelajari sepanjang di kampus jika tidak diguna? apa guna dia berhijrah? apa guna iman jika tidak diuji?

then,sampai sekarang kepahitan Irma masih disimpan dan dipendam.. segalanya dapat berselindung disebalik senyuman yang kecil dan ringan itu.. tiada pergaduhan mahupun penceraian dalam persahabatan...
sesungguhnya ujian Allah adalah bukti sayangnya Allah pada hambanya.. besarnya sesuatu ujian itu,besar jugalah kasih Allah pada kita..

SENYUM WALAUPUN PAHIT~

opps..mesti korang nak tau the ending for that story kan...maaflah belum ada..tak semestinya Redza milik Aisyah disebabkan kedua2nya soleh dan solehah.. dan tak semestinya Redza milik Irma kerana mereka berdua bukan lah nama sebenar seperti pasangan artis Irma dan suaminya,,ha3..

now...just ambil apa yang baik dan tinggalkan yang buruk..

by : iramariana DNAS ... :D




4 comments:

  1. fishy habis entry ni.. orang yg lalui je boleh bicara sebaik ni.. allah memberi cinta bila kita menahannya.. dalam mencari jodoh pon x boleh isti'jal(terburu2) sngt.. gud entry.
    p/s: akan datang yg soleh untk adk kak wahidah yg solehah ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga adik kak wahidah ni tak isti'jal ye.. heee... kak wahidah pun mesti akan didatangi pelbagai ragam muslimin..tapi yang pasti, hanya muslimin yang berani je mampu dekat dengan kak wahidah yang garang dan tegas ni.. (wah!! puitis gitu..)

      Delete
    2. penat dek oiii nak tunggu.. hehe..
      i.allah :)

      Delete