Friday, 8 November 2013

yuk...solat..

Assalamualaikum semua.. *buat muka comel*...

Entry kali ni,ira just nak share something that almost people did'nt know.. and someone had asked me.. ''ira,tau tak bacaan waktu beri salam dalam solat?''...emmm something like that lah..memang tak lah nak hafal sebiji2 ayat nye kan...ha3..

Sebelum ira jawab,ira nak kongsi sesuatu dengan sahabat2 yg ira sayang ni..hu3.. kongsi ap ek? yg penting,bukan kongsi coki2.. nak tau kongsi ap,kene lah baca... lala~~


‘’sesungguhnya Rasulullah saw memberi salam ke kanannya,dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya dan ke kirinya dengan assalamualaikum warahmatullah,sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya’’

(HR Abu Daud,at-Tarmizi,an-Nasaai dan Ibn Majah ‘Ammar bin Yasir dan Mishkat)

''kak ira ! kak ira !.. hukumnya macam mana pulak?'' 

ehem...*betulkan tudung*

Hukum berpusing muka ketika memberi salam adalah sunat,tak kira mazhab apa pun,ye adik2...tetapi..pusingan tu mestilah sehingga nampak pipi kanan dan pipi kiri org yang di sebelahnya...
  •    Dalam Mazhab Hanafi,memberi salam ketika hendak berhenti dari solat adalah wajib sahaja dan yang fardhu atau rukun ialah kemahuan sendiri atau kehendak orang yang solat hendak keluar dari solatnya itu.

Contoh

Apabila seseorang sudah cukup baca yang fardhu dalam solatnya,dia boleh berhenti dari solatnya dengan apa cara sekalipun,selain mengucapkan salam jika itu cara yang dikehendakinya. Solatnya sempurna TETAPI dia berdosa kerana tidak mengucapkan salam yang wajib itu.

Jika telah mengucapkan salam ke kanan,dia tidak boleh keluar solat tanpa mengucapkan salam ke kiri kerana solatnya belum tamat.. Ini kerana,dalam Mazhab Hanafi dan Hanbali kedua-dua salam adalah wajib.

  •   Dalam Mazhab Maliki,Syafi’i dan Hanbali, mengucapkan salam adalah rukun. Ucapan salam sekali ke kanan bagi Mazhab Maliki dan Syafi’i telah membuatkan orang yang solat itu terkeluar dari solatnya,kerana salam yang kedua iaitu ke kiri hanya sunat sahaja.

  • Mazhab Hanbali pula,seseorang itu dikatakan keluar dari solat hanya apabila mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri. (means kedua2 nya kene buat)

  •  Yang membezakan antara ketiga2 Mazhab ini dan Mazhab Hanafi adalah... dalam ketiga2 Mazhab ini,solat akan terbatal jika tidak mengucapkan salam walaupun wujud kemahuan sendiri..

*take note this info...lafaz salam yang dibaca di dalam hati atau dilafazkan dengan makhraj dan huruf yang salah boleh membatalkan solat...adik2,kakak2,abe2 dan sahabat2 sekalian... ''amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat,jika solatnya rosak,maka amal lainnya pun akan rosak'' (HR Thobrani)

Wallahu a’lam... :D 

ini bacaan ketika memberi salam...

memberi salam ke kanan




memberi salam ke kiri

*moga bermanfaat ye* :D

Tuesday, 5 November 2013

Takdirku atau takdirMu...

ira,kamu...kita semua pernah ada masa silam..tidak kira pahit atau manis...mungkin masin pun ada..ha3..

dan kita juga sering menganggap itu semua takdir Allah...anggapan itu tidak salah malah benar belaka...tetapi di dalam dunia ni ada 2 sahaja cara penerimaan 'mende' yang bernama takdir tu...heee...

1-marah,kecewa,sedih...

kerana apa? kerana apa yang kita inginkan tidak dapat kita perolehi..ketika itu, syaitan sedang mencucuk-cucuk emosi kita sehingga kadang kala kita dengan marah menyalahkan takdir..maka di situlah mulanya titik2 kemarahan timbul sehingga kita lupa akan kenikmatan yang selama ni Allah bagi...tetapi lupakah kita bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubahnya sendiri...

2-redha,bersyukur...

bak kata sahabat ira,redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan Allah..orang yang bersyukur itu adalah orang yang sedar bahawa Allah tidak melihat pada hasil tetapi pada usahanya...jika tidak,tentu dia dapat apa yang dia usahakan..itulah ujian (kasih sayang) Allah,sayang..

Takdirku atau takdirMu..??

i got mechanical engineering in UMP because of what?? hello~~~
ira=mechanical engineering...memang tak masuk akal lah kan..mak sendiri pun tak percaya..cehhh...lemah lembut lah konon kan~~~

i did'nt get medic because of what?? why why why??

soal kita tolak ke tepi sekejap ye..just look at others...ira ada sahabat yang sangat sangat sangat pandai dan pointer dia 3.8 something..deabak!! tapi medik bukan rezeki dan takdir dia..agak2,itu takdir siapa?takdir dia atau takdir Dia? ira rasa,korang sendiri boleh assume...

ira pulak...pointer tak sehebat dia and still sama...tak dapat medic..agak2,itu takdir siapa? mungkin ada kekurangan dalam ibadah ira..mungkin juga ada kekurangan dalam usaha ira...Allah maha mengetahui...

apa2 pun...jangan pernah berkata..''bila aku tak belajar,aku dapat markah sikit...bila aku belajar pun,aku dapat markah sikit...aku redha...sebab itu takdir Allah...jadi,lebih baik aku tak payah belajar...kalau Allah nak bagi,bagilah...'' HAAA...JANGANLAH GITU...redha,redha jugak...tapi ingat...bukan kejayaan,bukan kekayaan yang akan kita bawa ke 'sana' tapi usaha ke arah kejayaan dan kekayaan itu yang akan jadi bekalan... to all my sayangs...try your best and just follow the flow..insya Allah...

*Allah's plan is like a movie,all the good and bad things are arranged together for the good ending...just keep pray for the best...* :D

BY-IRAMA DNAS

Lillahi ta'ala

Syurga....

siapa yang tak nak kan..dan Allah telah menjanjikan syurga kepada hamba2-Nya selagi mereka (kita) tidak berpaling daripada-Nya...

syurga tu adalAh satu2 nya impian kita di akhirat kelak kan...tapi kat dunia ni,kita ada bermacam2 impian dan harapan..

at the same time,,are we realize or not yang kita sentiasa mengharap tanpa berusaha..agak2 kalau kita ada pekerja yang malas bekerja,nak ke kita bayar gaji?? Memang tak lah kan...

Kerana itu perlu ada pengorbanan.. berat tetapi jika niat kita ikhlas kerana Allah s.w.t..maka Allah akan datang dengan pertolongan-Nya.. 
seperti biasa,ira ada satu cerita..dimana wujudnya seorang lelaki yang amat soleh..

Pada suatu hari,lelaki tersebut terdengar berita tentang pemujaan dan penyembahan sebuah pokok oleh penduduk kampungnnya..dengan niat amar maaruf nahi mungkar,dia mengambil kapak dan bergegas ke arah pokok tersebut untuk menebangnya.. dalam perjalanan ke arah pokok tersebut...jeng jeng jeng.... datang seekor syaitan yang menyerupai manusia.. lalu mereka berdua bertarung dan berlawan..dan akhirnya lelaki soleh itu berjaya menewaskan syaitan tersebut...

Namun begitu,syaitan yang amat licik itu tidak berputus asa untuk menyesatkan anak adam... dia kemudiannya menawarkan dinar emas jika lelaki soleh itu tidak meneruskan niat untuk menebang pokok tersebut...

Cer teka ap jadi...heee....

Lelaki soleh tersebut termakan hasutan syaitan itu..esoknya lelaki soleh itu berasa terkejut apabila dia mendapati terdapat sekeping dinar emas di bawah bantalnya setiap pagi...kejadian tersebut berlanjutan selama 3 hari berturut2..tetapi...pada hari ke-4,syaitan tersebut memungkiri janjinya...

Dengan rasa marah,lelaki soleh itu bergegas ke tempat pemujaan untuk meneruskan niatnya yang dulu..dalam perjalanan,sekali lagi syaitan muncul dan berlawan dengan dia..tetapi kali ini lelaki soleh tersebut tewas.. apabila ditanya,syaitan itu berkata, lelaki itu tewas kerana niatnya sudah tidak ikhlas kerana Allah...

Konklusinya...tidak kira ap pun yang kita buat,perlu niat kerana Allah kerana dengan niat itu lah,kita umat Islam menjadi kuat...kerana niat itulah,Allah akan membantu hamba2-Nya..insya Allah...

*ibarat seringgit yang diderma ikhlas kerana Allah dan seribu ringgit yang diderma dgn riak... seribu itu hilang dengan sia2,my dears....* :D

by-irama DNAS

Saturday, 2 November 2013

last minit punya cerita...weee....

Last minute punye kerja hampeh lah... last minute punye kerja tak bagus lah...

Tapi last2, kita jugak yang amalkan benda last minute tu kan..

Kebetulan memang ada satu minggu tu ira buat segala kerja last  minute.. be honest,ira mengaku memang ira buat last minute punye kerja minggu tu..

Minggu tu nak balik cuti,minggu tu jgak lah ira baru terhegeh2 nak cari tiket..
Minggu tu nak kuiz,minggu tu jgak lah baru terhegeh2 nak cari kawan yang master bab tu untuk mengajar ira..
Minggu tu nak pergi kuantan (naik bas kat terminal kuantan),minggu tu jgak baru terhegeh2 nk cari partner naik teksi (klau naik sorang,mau cecah RM40 oii)...

Haish...give up jgak lah masa tu..eh bukan give up tpi tawakkal...heee....

Huh! Disebabkan kebetulan tu lah,ira rasa nak berkongsi sesuatu dgn kawan2 semua...

Kes balik tu...

Time ira beli tiket tu memang selang beberapa hari je lg nak balik.. sebelum ni asyik bertangguh nak beli je..smpai roommate dah bising, baru lah nak bergerak.. tpi Allah tolong last minit bila ada dua tmpat kosong yang tinggal..memang tak lah nak duduk tmpat duduk belakang kan..ibarat naik roller coaster 5 jam beb...ha3...

percaya tak yg ira pilih untuk naik bas pukul 1 pagi ?

1 PAGI !!! i’m a girl and a day after that day,ira baru tau yang bas tu dri kuantan-Melaka BUKAN ump-melaka..means i’ve to go to kuantan by taxi before boarding the bus.. tpi Allah tolong last minit bila ada seorang kakak sukarela untuk hantar ke terminal malam tu..amboiii !! sukarela kot...ha3...

Sebelum Allah jumpakan ira dgn kakak tersebut,ira berusaha mencari partner teksi untuk ke kuantan dannnn Allah tolong bila ada boyfriend (boyfriend means kawan lelaki kan..hak3) ajak naik kereta sewa dgn member2 dia yang lain...beristikharah ira sekejap bila nk naik satu kereta dgn hero2 malaya tu... *beristikharah dgn bonda je pun*

Lagi..?? emmmm....

Mcm yang ira mention td,KUIZ... esoknye nak kuiz computer aided design,hari ni baru nak explore.. (sesiapa yang tau ap itu comp aided design, fahamlah kan).. 
last2,ira fed-up smpai tawakkal habis untuk kuiz tu.. tp Allah tolong last minit bila ira berjaya sempurnakan computer drawing ira tu hanya dengan ‘tekan2’..ha3..tekan punye tekan,jadik jugak...

Another story...sehari sebelum balik,ira ad pinjam hard disk kawan..time nak pulangkan tu jgak lah dia nak kene virus kan.. memang keluar lah air mata wanita berhati lembut mcm ira ni..cehhh..ha3..

At that time,tak fikir benda lain selain nk mengadu kat kwn baik..ira try call,dia tak angkat..klau korang mesti tak try call lg kan..tpi hati ira kuat untuk cuba call dan call smpai dia angkat..masalahnya dia tak angkat..lepas banyak kali call tak angkat,ira angkat lah kaki pergi bilik dia..smpai sana,rupa2nya.......dia TIDOOOOO...

Tanpa belas kasihan,ira gerakkan dia smpai dia bangun..mana taknye,dh janji nak pulangkan hard disk pkul 11 pg tpi time tu dh tunjuk pkul 10.43 pg..ira ingat lg..sebenarnya tak terfikir pun yang shortcut files tu boleh diselamatkan..tp Allah tolong last minit bila kawan ira tu ad software utk hilangkan virus shortcut tu..kali ni memang betul2 last minit... 
11.10 pg ira dh tunggu pemilik hard disk tu tpi pkul 11.45 baru smpai..sabau je lah ira oiii...(bukan ira lambat tpi meet time dh bertukar pada 11.15 pg k..)

*Jalan cerita smua tu tak penting..apa yang ira nak sampaikan kat sini adalah pertolongan Allah datang tak kira masa.. Cuma kadang2 kita lupa atau kurang sedar bahawa segala yang berlaku atas kehendak-Nya..sedar atau tak,kita selalu sebut “nasib baik bla bla bla..”..itu nasib ke?? Nope..itu kehendak Allah.. *



Sekian,assalamualaikum... :D

by-irama DNAS

Sunday, 26 May 2013

andai syurga dan neraka tiada



Pernah suatu masa dulu,Rabiatul al-Adawiyah sering dikunjungi oleh masyarakat arab dan rumahnya sebagai pusat pengumpulan bagi majlis-majlis ilmu ...

Ahli-ahli  sufi yang pernah menjadi guru Rabiah juga kerap turut serta dalam majlis ilmu yang diketuai oleh Rabiah,oleh kerana makam Rabiah yang menjadi lebih tinggi berbanding mereka..  Ilmunya dan ibadahnya cukup membuktikan iman dan cintanya hanya untuk Kekasihnya yang satu,Allah s.w.t...

Suatu hari,Rabiah didatangi oleh sekumpulan masyarakat.. sedang asyik berbincang hal ibadah,Rabiah mengajukan soalan yang berbunyi, ‘’Apakah sebabnya kalian menyembah Allah? ‘’.

Salah seorang pemuda daripada kumpulan itu menjawab,’’ Tentu saja kerana aku takut akan azab Allah di neraka bagi orang-orang tidak menyembah dan melakukan larangan Allah s.w.t.. ‘’

Setelah tiada tindak balas daripada Rabiah,pemuda yang lain pula bersuara,’’ Sudah tentu kerana aku inginkan ganjaran syurga yang dijanjikan Allah kepada hambaNya yang taat. ‘’

Setelah mendengar jawapan kedua-dua pemuda itu,Rabiah memandang kedua-dua pemuda itu lalu berkata,’’ Jadi,jika ditakdirkan tiada azab di neraka dan tiada ganjaran syurga,adakah kalian akan tetap menyembah Allah? ‘’

Keadaan menjadi senyap kemudian salah seorang daripada mereka memberanikan diri untuk bertanya,’’ Lalu apakah yang membuatkan kau menyembah Kekasihmu sehingga imanmu sebegitu tinggi dan kuat? ‘’

Dengan rasa rendah diri,Rabiah menjawab.’’ Sesungguhnya aku hanya mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t. ‘’

Last but not least,jangan hanya mengharapkan redha Allah jika diri ini belum cuba mencarinya..

*di akhirat kelak,seramai 70 000 orang Islam akan mendapat syafaat daripada srikandi Rabiatul Al-Adawiyah*

 By : irama DNAS...

hundred steps...


100 STEPS
Pernah tak kita terfikir yang Allah akan makbulkan doa kita??

 Mesti selalu kan..he3..  whether we realize or not sikap tu sedikit sebanyak mempengaruhi naik turunnya iman kita..

Apa sebab naik? Dan apa sebab turun?

 Semua tu depends on diri masing-masing.. kalau kita rasa dengan ketidakmakbulan (amik kau,ha3) doa tu dapat tingkatkan tahap kesabaran kita,so Alhamdulillah lah.. maka bertambahlah level iman kita..

But when the truth make us lose hope to Allah atau hilang rasa percaya pada Allah dan rasa berputus asa dengan Allah... maka berusahalah lebih untuk menjadi hamba yang sentiasa ikhlas dalam proses tawakkal...

Ada satu ayat ni,ira suka sangat gunakan.. ‘‘ kadang-kadang bila kita minta matahari,Allah turunkan hujan serta petir dan kilat...lalu kita sedih...bila hujan berhenti baru kita tau yang sebenarnya Allah nak kurniakan kita pelangi’ ’’

And one more story,emm ira pernah rasa haus dan ira teringin sangat nak minum air horlick sejuk tapi bila sampai kedai, ira dapat minum air sirap je.. harus lah sedih an?? Ha3..tapi ira lupa yang haus ira tetap hilang.. see.. Allah loves me.. and its shown...

Allah Maha Kreatif..pelbagai gaya boleh Allah tunjukkan kasih sayang Dia pada kita.. Cuma.... bergantung pada tahap kreatif kita jugak untuk nilai dan siasat kasih sayang apa yang Allah dah beri..

Usah berputus asa ya sayangs.. 

mungkin Allah dah tentukan kita dapat apa yang kita nak setelah berada di tangga yang ke-100 dan mungkin juga kita telah sampai di tangga yang ke-99... :D

Made by iramariana DNAS :D



Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz...



Dia Hafiz tapi belum tentu dia hafiz..
 Ira Islam tapi belum tentu ira islam..

Macam mana tu ek?? Copp!! Copp!! Any differences between Hafiz and hafiz ??  then,apa pula beza antara Islam dan islam?

Ok...For example,ada sorang mamat ni,orang panggil dia Hafiz dan nama dia ditulis dengan huruf besar sebab Hafiz tu kata nama Am..(amboi,kembali ke sekolah nampak..ha3)

 Tapi bila orang panggil dia hafiz iaitu perkataan yang ditulis dengan huruf kecil,maknanya dia adalah orang yang menghafal al-Quran,kata kerja ...
faham tak faham tak?? :D

Hah! Sama lah bila ira katakan yang ira Islam tapi belum tentu ira islam.. Islam yang ‘I’ besar tu,hanya pada nama. Kita orang Islam. Ya betul tapi belum tentu kita ni seorang islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Kiranya adik-adik (hu3), ‘I’ besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan ‘i’ kecil orang yang betul-betul cuba menghayati cara hidup Islam...

Janganlah kita ni sekadar menjadi Islam tanpa islam.. Islam yang sekadar atas nama (ehem macam atas nama cinta pula,ha3)... yela,sekarang ni ramai yang boleh buktikan kat orang yang dia Islam tapi kita selalu lupa cara macam mana nak buktikan kat Allah nanti...

Islam kat i.c boleh kita nampak tapi islam dalam hati,Allah je yang tahu.. kadang-kadang kita lalai untuk selalu tanya pada diri kita, ‘‘Adakah aku sebagai seorang Islam telah membuktikan keislaman aku ni?  Apakah yang akan aku hidangkan apabila Islamku Kau minta...?

And selalu-selalukan lah diri ni untuk berdoa... Ya Allah,lindungilah aku daripada menjadi hamba Mu yang leka... ingatkan aku jika lupa dan betulkan aku jika salah Ya Rabb..’’
Allah Maha Mendengar,Maha Penyayang.. Allah juga pernah bersabda yang bermaksud,‘‘ pada hari kiamat,jika di tangan kamu masih ada biji benih maka tanam lah’’..jadi takda maknanya ‘terlambat’’....

Sekarang dah jelas yang Allah terima taubat setiap hambaNya selagi hambaNya tak menyekutukan Allah... nak bukti tak yang menunjukkan betapa pemurahnya Allah dan betapa kedekutnya kita ni..?

Ok.. first step,kita kene berlagak jadi bos sekejap k..he3..

Bila kita jadi bos,nak ke kita terima balik pekerja yang selalu ulang kesalahan dia even dia dah minta maaf.. tak kan? Kononnya,’’kalau dulu korang boleh buat,tentu korang boleh buat nanti..then,ada yang kata..sekali kau bohong,sampai bila-bila orang tak percaya...’’

Next,langkah ke-2...imbas balik kata-kata ustaz or ustazah ke..
Tak pun cuba ingat balik,kalau-kalau kita ada terbaca yang pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin bertaubat..Allah tak pernah tolak taubat hambaNya even kita selalu ulang dosa kita kan...

Masya-Allah!!! Betapa murahnya kemaafan Allah berbanding kita yang kedekut dengan manusia yang lain.. padahal nikmat yang kita ada ni pun sekadar pinjaman semata-mata.. tak sedar diri ke kita ni??

* manusia pula sekarang sibuk memurahkan diri..haish! *

So,back to the main topic.. jangan jadi Islam tanpa menjadi islam..

Bila jadi orang Islam,cara nak mantapkan iman...first dengan qalbi..second qauli (lidah) and the last thing is fik’li (anggota)...
 percaya dengan hati,akui dengan lidah dan buktikan dengan perbuatan.. bukan setakat mengaku Islam,dah cukup...kalau solat dengan hati pun dah dikatakan selemah-lemah iman,inikan pula Islam yang berlandaskan hati je.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...  :D

sekian,tq..ha3..

by irama DNAS